MALAYSIA
Pemandu maut nahas dua treler

Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua buah treler di kilometer (KM) 144 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, awal pagi tadi. -Foto Sinar Harian
MUAR: Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua buah treler di kilometer (KM) 144 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, awal pagi tadi.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua treler di KM144 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan awal pagi tadi, apabila treler Hino melanggar belakang treler Nissan yang memasuki lorong kanan.
- Mangsa, pemandu treler Nissan berusia 46 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman, manakala pemandu dan kelindan treler Hino tidak cedera.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; saksi diminta tampil membantu siasatan dan orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada ketika memandu, terutama dalam keadaan hujan atau jalan licin.
"Kemalangan dipercayai berlaku ketika treler jenis Hino yang dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun bersama seorang kelindan sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Johor Bahru telah terlanggar sebuah lagi treler jenis Nissan berwarna putih yang dipandu lelaki tempatan berusia 46 tahun.
"Treler jenis Nissan dipercayai dari lorong kiri hadapan telah masuk ke lorong kanan mengakibatkan pemandu treler jenis Hino tidak sempat mengelak sebelum melanggar bahagian belakang treler Nissan, menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kiri lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Akibat perlanggaran itu, pemandu treler jenis Nissan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dalaman badan.
Bagaimanapun, pemandu dan kelindan treler jenis Hino tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM50,000.
Saksi kejadian atau mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Khairun Izham Mohd Yusry di talian 013-9121508 atau tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar bagi membantu siasatan.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih berwaspada, terutama ketika memandu semasa hujan atau di jalan yang licin. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami