awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut terhimpit di bawah lori

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/10/2019
11:08 MYT
Pemandu maut terhimpit di bawah lori
Jasad mangsa dibawa keluar dari lokasi kejadian oleh anggota JBPM. - Foto: JBPM
Seorang lelaki maut apabila lori yang dipandunya terbabas lalu terbalik di Kilometer 377.3 Lebuh Raya Utara Selaran arah selatan di sini, pada kira-kira 12.30 tengah hari Sabtu.
Dalam kejadian itu, Megat Azhar Ismail, 41, yang beralamat di Putra Heights 2, Subang Jaya, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian selepas terhimpit di bahagian kepala lori tersebut.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Wan Kamarul Azran Wan Yusuf berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dipercayai memandu dari Seri Manjung hendak ke Bangi, Selangor.
Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu lori yang dipandunya itu melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri seterusnya memasuki longkang.
“Mangsa tercampak keluar lalu terhimpit oleh lori, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Wan Kamarul Azran berkata, sampel darah mangsa akan diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian toksikologi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#JBPM
#kemalangan
#Lebuh Raya Utara Selatan
#pasukan bomba dan penyelamat
#pemandu maut
#polis
#terhimpit bawah lori
#Wan Kamarul Azran Wan Yusuf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan