awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut terjun lori, kepala terhentak atas jalan

Adam Darwish
Adam Darwish
24/10/2022
05:54 MYT
Pemandu maut terjun lori, kepala terhentak atas jalan
Mangsa yang berusia 24 tahun itu dikatakan cuba menyelamatkan diri dengan terjun daripada lori namun kepalanya telah terhentak ke jalan. - Foto PDRM
KOTA BHARU: Seorang pemandu lori yang membawa muatan kelapa sawit maut selepas kenderaan yang dipandunya gagal dikawal ketika menuruni bukit di km 56 Jalan Gua Musang-Lojing, malam tadi.
Mangsa yang berusia 24 tahun itu dikatakan cuba menyelamatkan diri dengan terjun daripada lori namun kepalanya telah terhentak ke jalan sehingga menyebabkan kecederaan parah dan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik berkata kejadian dipercayai berlaku pada jam 9.15 malam tadi dan kejadian berlaku selepas lori yang dipandu mangsa terbabas dengan sendiri.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas pemandu lori gagal mengawal lori ketika menuruni bukit di kawasan berselekoh.
"Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari lori namun kepala mangsa telah terhentak pada permukaan jalan dan mengakibatkan kecederaan parah.
"Lori tersebut terus terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan. Mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan jenazah telah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang Kelantan untuk pengendalian bedah siasat," katanya.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Topic Berkaitan
#pemandu lori maut
#Jalan Gua Musang
#terjun lori
#kepala terhentak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan