BIDOR: Sebuah lori 'mix load' tanpa muatan musnah terbakar dalam kejadian di kilometer (km) 340, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, di sini, pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pemandu lori berkenaan sempat keluar dari kenderaan tersebut dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Pihak bomba terima panggilan kecemasan pada jam 6.19 pagi dan kemudiannya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor bergegas ke lokasi kejadian.
"Ketika kejadian, pemandu berseorangan tanpa kelindan.
"Mangsa sempat selamatkan diri sebelum lori itu musnah terbakar 75 peratus di bahagian kepala.
"Anggota bomba kemudiannya melakukan kerja memadam kebakaran menggunakan dua aliran hose reel sehingga selesai," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Abdul Hazhar Nor Fauzi itu tamat pada jam 9.22 pagi.
Aida Aziz
Tue Nov 29 2022

Pasukan bomba sedang memadamkan api yang memusnahkan sebuah lori di KM340 Lebuhraya Utara Selatan, pagi tadi. - Foto JBPM Perak

Sanusi alu-alukan Mahfuz bertanding di DUN dalam PRN Kedah
MB Kedah ajak Mahfuz tebus kekalahan pada PRU15 dalam PRN Kedah.

Gempa Turkiye | Kepentingan mempunyai sistem kesihatan kukuh, berdaya tahan
Tragedi gempa bumi di Turkiye dan Syria menunjukkan betapa pentingnya mempunyai sistem kesihatan yang kukuh dan berdaya tahan.

Gempa Bumi | Pasukan kedua SMART berlepas malam ini ke Turkiye
Misi bantuan kumpulan kedua anggota penyelamat yang dianggotai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat JBPM dan Angkatan Pertahanan Awam dijadualkan berlepas 11.45 malam ini. Difahamkan pasukan kedua ini disertai 70 lagi anggota dan dua anjing pengesan K9. Perincian lanjut bersama takan setugas, Hilmi Malik.

Bilateral | PM adakan lawatan kerja dua hari ke Thailand
Perdana Menteri dijadual berdepan dengan jadual yang padat setibanya di Bangkok sempena lawatan rasmi beliau selaku Perdana Menteri ke Thailand bermula esok. Apakah yang boleh dijangkakan dalam lawatan ini? Bersama wartawan Shafizan Johari, dari Bangkok, Thailand.

Parlimen Gua Musang: Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, pegawai pengurus
Mahkamah Tinggi membatalkan petisyen terhadap SPR dan seorang pegawai SPR yang difailkan oleh wakil calon BN Gua Musang bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Dipenjara 15 tahun, 9 sebatan rogol, setubuh luar tabii sepupu bawah umur
Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan sembilan sebatan kerana merogol, melakukan persetubuhan di luar tabii serta melakukan amang seksual terhadap sepupunya.

Bunuh | Enam termasuk pegawai dan anggota polis didakwa
Enam individu termasuk pegawai dan anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Tawau pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang pemandu e-Hailing.

PRN | Rundingan agihan kerusi PH-BN akan gagal - MB Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa proses rundingan pembahagian kerusi membabitkan parti-parti dalam kerajaan perpaduan terutama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan menemui kegagalan.

Gempa Bumi | Angka korban di Turkiye dan Syria cecah lebih 11,200
Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria terus meningkat kepada lebih 11,200.

Gempa Bumi | Kumpulan kedua misi menyelamat berlepas ke Turkiye malam ini
Misi bantuan kumpulan kedua anggota penyelamat yang dianggotai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat JBPM dan Angkatan Pertahanan Awam dijadualkan berlepas 11.45 malam ini.

Pemandu nyaris maut kepala lori terbakar di lebuh raya PLUS
Pemandu lori berkenaan sempat keluar dari kenderaan tersebut dan tidak mengalami sebarang kecederaan.