awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu parah, dua cedera bas ekspres rempuh treler

Aida Aziz
Aida Aziz
07/10/2022
01:10 MYT
Pemandu parah, dua cedera bas ekspres rempuh treler
Keadaan bas ekspres yang merempuh sebuah treler dalam nahas di kilometer 264 Lebuhraya Utara Selatan. - Foto JBPM Perak
IPOH: Pemandu bas ekspres parah manakala dua daripada 15 penumpang mengalami cedera ringan apabila bas yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah treler, di kilometer 264 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan hari ini.
Difahamkan kemalangan yang berlaku sekitar jam 2 pagi itu turut membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.30 pagi.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya bergegas ke lokasi dan mendapati sebuah bas membawa 15 penumpang telah melanggar bahagian belakang treler membawa muatan besi.
"Seorang lelaki iaitu pemandu bas tersepit dan cedera parah, manakala dua penumpang lelaki cedera ringan.
"Penumpang lain iaitu, enam lelaki, dua wanita dan lima kanak-kanak perempuan selamat.
"Manakala pemandu treler dan dua lagi dari Perodua Myvi selamat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan menyerahkannya kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Mangsa lain telah keluar dengan sendiri dan diberikan rawatan oleh pihak ambulans KKM sebelum bomba tiba di lokasi," katanya lagi.
Operasi yang diketuai oleh PPgB Sharudi Muhammad Halil itu tamat pada jam 4.50 pagi.
Topic Berkaitan
#Nahas
#bas ekspres
#cedera
#treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan