awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu, penumpang cedera bas ekspres terbabas

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2023
01:40 MYT
Pemandu, penumpang cedera bas ekspres terbabas
Keadaan bas ekspres yang terbabit kemalangan di KM292.7 arah utara awal pagi Selasa. - Foto JBPM
IPOH: Dua individu cedera dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres yang terbabas di KM292.7 arah utara, awal pagi Selasa.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada jam 5.41 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng ke lokasi.
Menurutnya, ketika di lokasi kejadian, anggota mendapati bas ekspres berkenaan terbabas di bahu jalan dan hanya terdapat tiga individu termasuk pemandu bas berada di dalam kenderaan terbabit.
Dua mangsa iaitu seorang lelaki yang juga pemandu bas dan seorang penumpang wanita mengalami kecederaan manakala seorang lagi penumpang lelaki tidak mengalami kecederaan.
"Anggota bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa yang dalam keadaan lemah akibat kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, mangsa yang terselamat meneruskan perjalanan dengan menaiki kenderaan lain.
Jelasnya, operasi menyelamat tersebut tamat pada jam 7.20 pagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bas ekspres
#terbabas
#JBPM
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan