awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu teksi cedera dikatakan akibat tertembak diri sendiri

Bernama
Bernama
09/08/2013
02:27 MYT
Pemandu teksi cedera dikatakan akibat tertembak diri sendiri
Seorang pemandu teksi cedera di tapak tangan kirinya dengan mendakwa ia akibat tertembak dirinya sendiri di hadapan sebuah restoran di Desa Sri Hartamas di sini semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa berusia 27 tahun yang juga pengutip bil sambilan itu dikatakan menemui sebuah beg sandang hitam di tempat duduk belakang teksinya. "Selepas selesai mengutip bil di sebuah restoran, mangsa mendakwa pergi ke tempat duduk penumpang di bahagian belakang teksi untuk mengambil sebotol air dan ternampak sebuah beg sandang sebelum menemui sepucuk pistol di dalamnya," katanya kepada Bernama. Beliau berkata mangsa dikatakan cuba mengeluarkan pistol itu dari beg berkenaan namun satu das tembakan terlepas secara tiba-tiba dan terkena tapak tangan kirinya. Polis akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui sama ada apa yang dilaporkan berlaku oleh lelaki itu benar atau sebaliknya. Pemandu teksi itu menjalani pembedahan pada tengah hari di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Topic Berkaitan
#Desa Sri Hartamas
#teksi
#tertembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan