SHAH ALAM: Seorang pemandu treler yang melanggar sepasang suami isteri orang kurang upaya (OKU) dalam sekatan jalan raya (SJR) di Persiaran Jubli Perak, Seksyen 21 dekat sini direman selama dua hari.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, reman lelaki tempatan berusia 31 tahun itu bermula Khamis.
"Masalah brek dipercayai punca pemandu treler itu hilang kawalan lalu melanggar pasangan OKU berusia 40-an yang menunggang motosikal ketika sedang diperiksa petugas operasi di sebelah kiri jalan.
"Kemalangan itu mengakibatkan dua mangsa itu cedera dan menerima rawatan awal oleh pihak ambulans sebelum dikejarkan ke Hospital Shah Alam," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini pada Khamis.
Jelas beliau, pelaksanaan SJR itu didapati mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 26(2) Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pada Selasa, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku ketika anggota Balai Polis Jelutong membuat pemeriksaan ke atas pasangan OKU yang menunggang Honda RSX. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 18 2024
Pasangan OKU mengalami kecederaan selepas dilanggar treler yang dipercayai mengalami masalah brek semasa sekatan jalan raya di Seksyen 21, Shah Alam pada Selasa. - Gambar/ Sinar Harian
Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim
Rundingan itu penting untuk menyatakan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 bagi memasukkan perkara pelancongan.
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbanding peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbanding peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Pemandu treler direman langgar pasangan OKU
Seorang pemandu treler yang melanggar sepasang suami isteri orang kurang upaya (OKU) dalam sekatan jalan raya (SJR) di Persiaran Jubli Perak, Seksyen 21 dekat sini direman selama dua hari.
Nahas Putrajaya: Pemandu treler tidak mengaku memandu secara berbahaya
Seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 14 kenderaan di Putrajaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret.
Nahas Putrajaya: Pemandu treler didakwa Isnin
Pemandu berusia 29 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pemandu treler didakwa pandu tak cermat hingga sebabkan kematian dua beradik
Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memandu tidak cermat sehingga mengakibatkan kematian dua beradik minggu lepas.
Pemandu maut, treler bawa muatan diesel terbabas
Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan membawa muatan minyak diesel yang dipandunya terbabas dalam kemalangan di Kilomerer 25, Jalan Kampung Budu-Kampung Tualang Padang, di sini hari ini.
Gaduh di KSAB: 'Polis trafik hanya pertahan diri'
Pemandu treler berumur 48 tahun itu ditahan pada hari sama, kira-kira jam 1 petang, di tempat kejadian.
Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Seorang pemandu maut apabila treler yang dipandunya terbabas lalu terbalik di Kilometer 390 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, petang tadi.
Pemandu treler mengaku tidak bersalah sebabkan kematian empat beranak
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 Pindaan 2020.
Empat sekeluarga maut: Pemandu treler dibebas dengan jaminan polis hari ini
Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan empat sekeluarga Rabu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Empat beranak maut kemalangan: Pemandu treler direman tiga hari
Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Puteri Nordina Kamalaudin selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.