awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu treler direman langgar pasangan OKU

Sinar Harian
Sinar Harian
18/01/2024
11:36 MYT
Pemandu treler direman langgar pasangan OKU
Pasangan OKU mengalami kecederaan selepas dilanggar treler yang dipercayai mengalami masalah brek semasa sekatan jalan raya di Seksyen 21, Shah Alam pada Selasa. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang pemandu treler yang melanggar sepasang suami isteri orang kurang upaya (OKU) dalam sekatan jalan raya (SJR) di Persiaran Jubli Perak, Seksyen 21 dekat sini direman selama dua hari.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, reman lelaki tempatan berusia 31 tahun itu bermula Khamis.
"Masalah brek dipercayai punca pemandu treler itu hilang kawalan lalu melanggar pasangan OKU berusia 40-an yang menunggang motosikal ketika sedang diperiksa petugas operasi di sebelah kiri jalan.
"Kemalangan itu mengakibatkan dua mangsa itu cedera dan menerima rawatan awal oleh pihak ambulans sebelum dikejarkan ke Hospital Shah Alam," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini pada Khamis.
Jelas beliau, pelaksanaan SJR itu didapati mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 26(2) Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pada Selasa, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku ketika anggota Balai Polis Jelutong membuat pemeriksaan ke atas pasangan OKU yang menunggang Honda RSX. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu treler
#langgar OKU
#Sekatan Jalan Raya
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan