awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu treler kontena sebabkan kematian wanita direman empat hari

Sinar Harian
Sinar Harian
14/11/2024
06:29 MYT
Pemandu treler kontena sebabkan kematian wanita direman empat hari
Pemandu treler membawa muatan kontena yang menyebabkan kematian seorang pemandu wanita dalam kemalangan di Jalan Kebun Sireh, Bukit Tengah direman empat hari bermula Khamis sehingga 17 November ini. -Sinar Harian
BUKIT MERTAJAM: Pemandu treler membawa muatan kontena yang menyebabkan kematian seorang pemandu wanita dalam kemalangan di Jalan Kebun Sireh, Bukit Tengah direman empat hari bermula Khamis sehingga 17 November ini.

Ringkasan AI
  • Pemandu treler yang membawa muatan kontena dan menyebabkan kematian seorang wanita direman selama empat hari untuk membantu siasatan.
  • Mangsa, Lee Zi Rou, 21, maut di tempat kejadian, manakala seorang lelaki, Tan Chou Theng, 25, cedera selepas tersepit dalam kereta mereka.
  • Ujian saringan awal dadah dan alkohol terhadap pemandu treler menunjukkan negatif, dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini pada Khamis.
Penahanan reman itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap lelaki berusia 51 tahun itu.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera apabila dihempap kontena yang dibawa sebuah treler dalam kejadian di Jalan Bukit Tengah, di sini, pada jam 9.30 pagi Rabu.
Kejadian itu melibatkan empat buah kenderaan lain iaitu Perodua Bezza, Toyota Altis, Honda Jazz dan lori 3 tan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nor Azamuddin Abdullah berkata, mangsa Lee Zi Rou, 21 yang memandu kereta Perodua Bezza maut di lokasi kejadian kerana tersepit dalam kenderaannya.
Selain itu katanya, pemandu kereta Honda Jazz, Tan Chou Theng, 25 cedera selepas didapati tersepit di bahagian pemandu.
Susulan daripada itu, polis menahan pemandu treler kontena tersebut untuk membantu siasatan.
Ujian saringan awal dadah dan alkohol yang dijalankan terhadap pemandu itu menunjukkan negatif.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lee Zi Rou
#pemandu treler
#Tan Chou Theng
#muatan kontena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan