SEREMBAN: Seorang pemandu treler parah selepas kenderaan membawa enam kereta baharu yang dipandunya hilang kawalan di Kilometer (KM) 263.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Seremban, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa yang berusia 49 tahun cedera di bahagian kepala selepas tercampak keluar daripada treler berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu mangsa seorang diri itu dalam perjalanan dari arah Tanjung Malim menuju ke Johor Bahru
“Apabila tiba di lokasi kejadian, treler yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar tembok kiri pembahagi lebuh raya seterusnya terbabas ke arah tembok tengah pembahagi lebuh raya itu.
“Impak daripada pelanggaran tersebut telah menyebabkan mangsa tercampak keluar manakala tiga buah muatan kereta yang dibawa turut tercampak jatuh di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, mangsa kemudian telah dibawa ke unit kecemasan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban dan menerima rawatan di zon merah.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” tambahnya.
Shuhada Abdul Kadir
Thu May 04 2023

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa yang berusia 49 tahun cedera di bahagian kepala selepas tercampak keluar daripada treler berkenaan. - Gambar/ Twitter @jnmalaysia

'Nak dapat skrip mencabar lakonan agak susah' - Pekin Ibrahim
Pekin mengakui dia jatuh cinta dengan skrip yang diberikan oleh pengarah Jason Chong, lantas bersetuju untuk menjayakan watak sebagai Cikgu Azman.

Lebih 50 pelajar UM berpiket gesa mansuh 'zero balance policy'
Lebih 50 pelajar Universiti Malaya berpiket menggesa universiti itu memansuhkan 'zero balance policy'.

Pelan Dasar OKU berkaitan 15 bidang sedang giat dilaksanakan - KPWKM
Datuk Seri Nancy Shukri berkata antaranya ia berkaitan advokasi, kesihatan, pemulihan, aksesibiliti, pendidikan, pekerjaan, dan penyelidikan.

KPDN tambah tenaga kerja pantau bekalan beras
KPDN meningkatkan tenaga kerja untuk tugas pemantauan bagi menambah baik Op Jamin yang menumpukan kepada pemantauan bekalan dan harga beras.

Belum ada perbincangan tubuh Kerajaan Perpaduan di Johor - Teo
Belum ada perbincangan tentang penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri, kata Naib Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching.

Pulau Pinang sokong SFZ bagi wilayah utara, tunggu maklumat lanjut - Chow
Kerajaan Pulau Pinang menyokong sebarang insiatif ekonomi yang bermanfaat termasuk pembentukan zon kewangan khas (SFZ) bagi wilayah utara.

Lebih ramai bukan Bumiputera diseru sertai ATM
Lebih ramai rakyat bukan bumiputera diseru menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya dalam pasukan tentera darat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Hassan Karim dakwa Pasir Gudang putus bekalan makanan asas
Beliau berkata, KPDN perlu segera mengadakan program jualan Rahmah atau menghantar bekalan makanan yang cukup ke Pasir Gudang sekarang.

PM Anwar Islamkan saudara baharu di New York
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengislamkan seorang pemuda selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York Amerika Syarikat.

Tiada kes baharu penyakit Nipah dikesan sejak wabak berakhir 1999 - Dr Zaliha
Tiada kes baharu penyakit Nipah dalam kalangan manusia di negara ini sejak kes terakhir penyakit itu dikesan di Malaysia pada 27 Mei 1999,

Pemandu treler parah, 3 muatan kereta baharu rosak tercampak atas jalan
Seorang pemandu treler parah selepas kenderaan membawa enam kereta baharu yang dipandunya hilang kawalan di Kilometer (KM) 263.1 PLUS arah selatan berhampiran Seremban, hari ini.

Treler kontena terbalik, Lebuhraya Karak sesak hampir dua jam
Sebuah treler kontena yang terbalik di KM 74.3 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong menyebabkan pengguna laluan itu terperangkap dalam kesesakan trafik selama hampir dua jam.

Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel yang terbabas di pembahagi jalan dan terbalik.

Pemandu tersepit treler bawa lebih 500 tong gas terbalik
Sebuah treler membawa lebih 500 muatan tong gas kosong terbalik di Kilometer 17, Jalan Bahau-Rompin, dekat sini, 12.25 tengah hari tadi.

Treler sarat muatan balak terbalik di Jertih
Dalam kejadian kira-kira 4.15 pagi itu Mohd Hafizee Ishak, 33, hanya mengalami kecederaan ringan.

Treler muatan kayu terbalik, sesak 4km selepas Terowong Menora
PLUS Malaysia menerima maklumat berkenaan kejadian berhampiran Terowong Menora itu pada jam 7.55 pagi.

Treler bawa muatan kayu balak terbalik
Setiba di lokasi, treler tiba-tiba terbalik ke sebelah kiri jalan ketika membelok apabila lampu isyarat hijau menyebabkan kesemua kayu balak terjatuh ke atas jalan.

Seorang maut, treler terbalik hempap lapan kenderaan, 21 basikal
Treler yang membawa muatan besi terbalik dan menghempap mangsa, enam buah kenderaan, dua buah motosikal dan 21 buah basikal.

Treler terbalik hempap 2 kereta di plaza tol
Treler terbabit yang dipercayai hilang kawalan disebabkan kerosakan brek cuba mengelak daripada merempuh kereta di hadapannya dengan masuk ke lorong kiri.

Lelaki cedera tersepit, kereta bertembung lori muatan kayu colok
Treler berkenaan turut terbalik tetapi pemandunya dapat menyelamatkan diri dengan keluar sendiri sebelum pasukan penyelamat tiba.