awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
Pentadbiran Trump gugurkan hampir 30 diplomat kanan dari jawatan duta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu van tumbuk cermin kereta Wan Azizah

Sinar Harian
Sinar Harian
06/09/2018
17:03 MYT
Pemandu van tumbuk cermin kereta Wan Azizah
Pemandu van tersebut telah turun dari kenderaannya lalu terus menumbuk cermin hadapan Toyota Alphard tersebut hingga retak sebelum beredar. - Foto Sinar Harian
Seorang pemandu van ditahan polis selepas dipercayai melakukan khianat pada kenderaan jenis Toyota Alphard milik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang, semalam di Jalan Tun Razak.
Menurutnya, dalam kejadian tersebut, telah berlaku kemalangan kecil antara Toyota Alphard yang dipandu pemandu peribadi Timbalan Perdana Menteri sendirian dengan sebuah van di simpang keluar sebuah bangunan.
"Akibat itu, pemandu van jenis Toyota Hiace itu tidak berpuas hati dan menurunkan tingkap.
"Pemandu van tersebut telah turun dari kenderaannya lalu terus menumbuk cermin hadapan Toyota Alphard tersebut hingga retak sebelum beredar," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, kerugian dianggarkan berjumlah RM3,000.
Susulan itu, laporan telah dibuat dan polis telah menahan pemandu van berusia 42 tahun itu kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi di Jalan Ampang.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#ditahan
#Jalan Tun Razak
#pemandu van
#toyota hiace
#tumbuk cermin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan