awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemangku Sultan Johor berkenan sempurna Majlis Pecah Tanah Pejabat Urusan MPP

Bernama
Bernama
06/06/2024
10:45 MYT
Pemangku Sultan Johor berkenan sempurna Majlis Pecah Tanah Pejabat Urusan MPP
Tunku Mahkota Ismail berkenan membuat tiga kali pusingan kerek tambatan sauh sebagai gimik menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pejabat Urusan Majlis Pembandaran Pengerang (MPP) hari ini. - Foto Bernama
KOTA TINGGI: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pejabat Urusan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) di Kota Tinggi hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Jumaah Majlis DiRaja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani dan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Pejabat urusan dengan ketinggian lapan tingkat berserta satu aras bawah tanah termasuk kemudahan dewan dan dataran untuk kegunaan acara dan rekreasi bakal dibina di atas tanah kurniaan Kerajaan Negeri di Mukim Tanjung Surat, Bandar Penawar, Kota Tinggi dengan keluasan kira-kira 4.067 hektar dan dijangka siap pada penghujung tahun 2027.
Rekabentuk pejabat urusan itu akan dibina berkonsepkan perahu layar jong sebagai simbol budaya serta lambang kemajuan pembangunan di kawasan berkenaan.
Ia menggambarkan simbol kawasan yang terkenal dengan aktiviti pelancongan dan industri bertaraf antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemangku Sultan Johor
#tunku mahkota ismail
#Majlis Pecah Tanah
#Pejabat Urusan Majlis Perbandaran Pengerang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan