Pemansuhan subsidi minyak masak bermula bulan depan tidak seharusnya dilihat secara keseluruhannya negatif.
Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Sim Khui Hian dan chef selebriti terkenal Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan, kedua-duanya bersetuju langkah kerajaan itu secara umumnya baik untuk kesihatan.
Kedua-dua mereka ditemui pemberita selepas menyaksikan usaha pusat membeli-belah Plaza Merdeka di sini, bagi menghasilkan mangkuk terbesar Laksa Sarawak untuk dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.
Dr Sim, antara pakar kardiologi terkemuka di negeri ini sebelum menceburi politik, berkata ini akan memberi masyarakat peluang untuk "membeli-belah, memasak dan makan secara sihat".
Beliau juga mencadangkan kepada orang ramai agar menggunakan kaedah alternatif dalam memasak seperti mengukus, membakar atau memanggang yang boleh mengurangkan penggunaan minyak.
Mengenai Laksa Sarawak, beliau berkata lebih banyak makanan tempatan juga boleh dipromosi di luar negeri berkenaan, dan ia boleh dilakukan jika tukang masak terbabit cukup inovatif.
Sementara itu, Chef Wan berkata masyarakat perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng, sebaliknya memakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, selain sentiasa melakukan senaman.
Berhubung Laksa Sarawak, beliau berkata ia adalah makanan kegemarannya dan antara hidangan yang akan dipromosi dalam demonstrasi masakannya di luar negara.
Timbalan Pengurus Besar Malaysia Book of Records Mohd Alex Edward Abdullah, kemudian mengesahkan usaha yang dilakukan Plaza Merdeka itu adalah berjaya.
Lima belas tukang masak mengambil masa 18 jam bagi menyediakan 100 kilogram (kg) pes Laksa Sarawak, 225kg bihun atau mihun, 90kg udang sungai, 1,008 telur, 90kg taugeh dan 80kg daging ayam cincang untuk diisi dalam mangkuk gergasi bersaiz 3.2 meter x 1.3 meter.
Ia memuatkan 1,200 liter atau menyamai kapasiti 1,500 mangkuk biasa Laksa Sarawak. -- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2016

Datuk Prof Dr Sim Kui Hian (tiga, kanan) bersama Datuk Redzuawan Ismail (tiga, kiri) mengacau kuah Laksa Sarawak pada perasmian 'The Biggest Bowl of Laksa Sarawak' di Kuching, Sarawak hari ini. - fotoBERNAMA

Jari kanak-kanak putus selepas digigit monyet di zoo
Seorang kanak-kanak berusia lima tahun berdepan detik cemas selepas jarinya terputus ketika mengunjungi sebuah zoo di Portugal.

Putera Harry tiba di UK untuk majlis pengebumian Putera Philip
Putera Harry tiba di United Kingdon pada Ahad bagi menziarahi serta menyertai majlis pengebumian datuknya Putera Philip.

Kemalangan | Dua maut, treler terbalik di Bentong
Pemandu dan kelindan maut selepas treler yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan setelah hilang kawalan sebelum terbalik di kilometer 43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong, Ahad malam. Dalam kejadian jam 9.10 malam, pemandu dan kelindan masing-masing berusia 44 dan 63 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

AWANI Ringkas: Alvin Goh, adik ke mahkamah | Prestasi Ringgit minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Nilai R-Naught meningkat kepada 1.06
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai R-Naught mengikut kes seharian di seluruh negara meningkat 1.06, setakat Ahad. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, nilai itu meningkat sebanyak 0.3 berbanding 1.03, hari sebelumnya.

SOP Ketika Ramadan | Cabaran kawalan jangkitan COVID-19 menjelang Ramadan
Apa batas yang boleh jaga, bagi memastikan dalam keterujaan kita menyambut Ramadan kita tidak melupakan waspada kendiri demi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19. Bersedia di talian Skype adalah Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman.

Audio tular: Tun Faisal ajak Zahid Hamidi bersumpah untuk bersihkan nama
Tun Faisal terpalit dengan tuduhan menjadi individu terlibat merakam atau mencipta audio yang tular itu.

Politik | UMNO rugikan Melayu jika tidak bersama Pas, Bersatu
Tindakan UMNO tidak bersama Pas dan Bersatu hanya akan merugikan Melayu, kata Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib.

Pemulihan Ekonomi AS | The Fed: Ekonomi AS kini di titik perubahan
Ekonomi Amerika kini berada di titik perubahan dan pertumbuhan serta peningkatan pekerjaan dijangka dalam bulan-bulan akan datang. Dalam masa yang sama, Pengerusi Simpanan Persekutuan, Jerome Powell menjangka risiko masih wujud terutama dalam peningkatan kes baru COVID-19.

Unjuran Pasaran | MSM dijangka berdepan dagangan turun naik
Kontrak niaga hadapan Minyak Sawit Mentah di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan turun naik minggu ini. Ini menjelang pengumuman data mengenai pengeluaran, stok dan eksport.

Pemansuhan subsidi minyak masak bukan keseluruhan negatif
Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Sim Khui Hian dan chef selebriti terkenal Datuk Redzuwan Ismail bersetuju langkah kerajaan itu secara umumnya baik untuk kesihatan.