awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemasangan antena di menara air alternatif selesai masalah capaian internet di Sarawak

Bernama
Bernama
21/05/2023
22:10 MYT
Pemasangan antena di menara air alternatif selesai masalah capaian internet di Sarawak
Fahmi (dua, kanan) ketika melawat menara telekomunikasi luar bandar Kampung Trombol, Telaga Air di Kuching, 21 Mei 2023. --fotoBERNAMA
KUCHING: Pemasangan antena di menara air aras tinggi boleh menjadi alternatif bagi menyelesaikan masalah capaian rangkaian Internet di Sarawak, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata kaedah itu boleh menjadi tambahan kepada lebih 600 menara telekomunikasi yang dibina oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) di seluruh negeri berkenaan.
Fahmi berkata sekiranya kaedah itu berjaya digunakan di Sarawak, ia akan turut diguna pakai di negeri lain yang mempunyai masalah serupa.
"Kita akan lihat dari segi teknikalnya sama ada boleh dipasang alat telekomunikasi atau di lokasi-lokasi lain," katanya selepas mengadakan lawatan ke menara telekomunikasi di Pantai Trombol di sini semalam.
Beliau juga berkata sejumlah 125 menara lagi yang dibina oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) akan beroperasi menjelang sambutan Hari Gawai ini bagi menghubung serta merapatkan jurang telekomunikasi di negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Fahmi Fadzil
#menara telekomunikasi
#menara air aras tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan