KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia, Celcom Axiata Bhd dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) telah memulakan fasa pertama pemasangan Makmal Ujian Keselamatan Siber 5G di Cyberjaya.
Diumumkan pada Februari lepas, makmal itu bukan sahaja menjalankan kes ujian melibatkan teknologi Internet Pelbagai Benda (IoT) dan keselamatan telekomunikasi, malah, akan membantu meningkatkan kesediaan Malaysia untuk bertindak balas terhadap serangan siber berkaitan 5G.
Dalam kenyataan bersama hari ini, ketiga-tiga pihak berkata fasa pertama pemasangan yang sedang dilaksanakan melibatkan kerja-kerja membekal dan memasang alat 5G Huawei seperti teras 5G, rangkaian akses radio 5G (RAN), unit jalur asas (BBU), unit radio jauh (RRU) 4G dan 5G, dan sistem tenaga telekom dalaman, bagi pembangunan ekosistem dan tapak uji 5G.
"Dalam fasa ini, Celcom akan menerajui pembangunan makmal ujian melibatkan penyediaan teknologi dan sokongan teknikal 4G seperti konfigurasi alat dan kad SIM ujian.
"Selain itu, fasa pertama ini turut membabitkan CyberSecurity Malaysia yang memohon kelulusan daripada badan kawal selia bagi penggunaan percubaan spektrum 5G dan alat 5G, pelancaran program membina kecekapan seperti bengkel teknikal 5G dan sesi latihan keselamatan siber, serta penyertaan dalam program antarabangsa bagi memenuhi syarat operasi makmal 5G dan meningkatkan keupayaan dan pengetahuan pasukan makmal ketiga-tiga pihak sebagai persediaan ke fasa dua," katanya.
Menurut kenyataan itu, pemasangan makmal bagi fasa dua akan melibatkan terutamanya Skim Jaminan Keselamatan Peralatan Rangkaian (NESAS) dan proses akreditasi Spesifikasi Jaminan Keselamatan (SCAS), penggunaan alat dan kaedah ujian, dan pelancaran perkhidmatan ujian perkhidmatan siber 5G.
Katanya Makmal Ujian Keselamatan Siber 5G itu adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan akan dilancarkan pada akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CyberSecurity Malaysia Datuk Amirudin Abdul Wahab berkata objektif penubuhan makmal ujian itu adalah untuk menilai dan menguji rangkaian 5G dan produk yang berkaitan seperti peranti 5G, perisian tegar dan aplikasi yang merangkumi peranti IoT, kenderaan berautonomi dan penjagaan kesihatan pintar.
Beliau berkata, melalui pembangunan makmal ujian ini, CyberSecurity Malaysia berhasrat mengembangkan kebolehan dan kepakarannya dalam penilaian keselamatan dan ujian teknologi 5G, serta memperkukuh kedudukannya sebagai agensi pakar dalam keselamatan siber negara.
Menurut CEO Celcom Idham Nawawi, syarikat itu menjangka 5G bukan sahaja akan memanfaatkan industri pelbagai vertikal, malah, merangkumi keseluruhan ekosistem digital berikutan cabaran dalam norma baharu yang memerlukan pengguna untuk lebih bergantung kepada digital dalam keperluan kerja, pembelajaran dan perniagaan mereka.
"Inisiatif ini adalah sejajar dengan aspirasi Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang menyasarkan Malaysia untuk bersedia 5G," katanya.
Sementara itu, CEO Huawei Malaysia Michael Yuan berkata berikutan digitalisasi industri yang pesat dan teknologi baharu, ruang siber menjadi semakin kompleks berbanding sebelum ini, disokong oleh hakikat bahawa orang ramai telah menghabiskan sebahagian besar masa mereka secara dalam talian di sepanjang pandemik COVID-19.
Beliau berpendapat risiko keselamatan siber adalah tanggungjawab bersama dan menurutnya semua pihak perlu bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran digital yang boleh dipercayai, sekali gus dapat menangani cabaran pada masa kini dan akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021
Makmal Ujian Keselamatan Siber 5G itu adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan akan dilancarkan pada akhir tahun ini. - Gambar hiasan
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC.
KOM beri tiga atlet kebebasan pilih SUKMA atau kejohanan dunia
KOM memberi kebebasan kepada tiga atlet muda kebangsaan, untuk memilih sama ada mewakili negeri ke SUKMA atau menyahut cabaran negara pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun (B-20) 2024.
Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap
Seorang anggota polis berpangkat koperal berhadapan dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap.
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Pemasangan makmal ujian keselamatan siber 5G bagi fasa pertama telah dimulakan
Makmal Ujian Keselamatan Siber 5G itu adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan akan dilancarkan pada akhir tahun ini.