SEREMBAN: Inisiatif kerajaan menyalurkan sejumlah peruntukan bagi pembangunan dua institusi Pendidikan Islam baharu termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Jempol, di sini, dilihat menjadi batu loncatan dalam melahirkan manusiawi yang lebih berakhlak tinggi.
Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Irwan Mohd Subri berkata, secara tidak langsung ia akan memberi ruang dan peluang lebih banyak kepada ibu bapa dalam mencari alternatif sekolah yang dirasakan terbaik untuk anak mereka.
Beliau berkata, ini kerana ibu bapa melihat pendidikan agama sebagai sokongan penting kepada sahsiah anak-anak terutama dalam menghadapi cabaran hidup pada masa akan datang.
"Pembangunan sekolah agama ini merupakan inisiatif baik kerana saya melihat masyarakat semasa boleh dikatakan memberikan respons baik daripada ibu bapa yang ingin mencari sekolah agama untuk anak mereka.
"Tidak bererti untuk melahirkan golongan ustaz atau ustazah semata-mata, tetapi bagi memastikan anak-anak mereka dibekalkan dengan benteng pendidikan Islam, dalam apa sahaja bidang kerja yang akan diterokai anak mereka nanti, ibu bapa mahu ada latar belakang agama," katanya kepada Bernama.
Kerajaan menerusi Belanjawan 2024 baru-baru ini memaklumkan, peruntukan RM220 juta bagi pembangunan dua institusi Pendidikan Islam baharu termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol, di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Roslan Hussin berkata, penubuhan SMKA itu juga memberi peluang kepada anak-anak di negeri ini mendapat tempat belajar selain mewujudkan kesan berganda terutama dari sudut ekonomi penduduk setempat.
"Kita sangat yakin bahawa pendidikan Islam antara komponen untuk melahirkan karakter murid. Ibu bapa juga sangat terbuka dan anak anak mereka berada dalam sistem pendidikan Islam, bukan kata sistem lain tak baik, tapi mahu ilmu dunia dan agama seimbang," katanya menambah terdapat tiga SMKA di negeri ini setakat ini.
Beliau berkata, ia juga bersesuaian dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membina tamadun hebat yang lahir daripada manusia terdidik.
Mengenai projek berkenaan, beliau berkata, ia telah diluluskan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan setakat ini ia berada di peringkat kajian tapak dan tanah, dijangka disiapkan dalam tempoh lima tahun.
Guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Agama Mohd Yatim, Rembau Nurhazreen Abd Kadir berkata, inisiatif kerajaan itu memberi lebih keyakinan kepada masyarakat dengan silibus pendidikan yang mampu melahirkan murid seimbang selain sebagai medan gabungan tenaga guru-guru yang mengajar aliran sains, sastera dan agama untuk bersama-sama mendidik anak-anak.
"Penubuhan SMKA ini turut menampung peningkatan permintaan ibu bapa terhadap sekolah aliran agama. Ia sekali gus mampu bersaing dengan sekolah aliran perdana dan sekolah berasrama penuh walaupun terdapat perbezaan dari jumlah subjek yang dipelajari," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Irwan berkata, inisiatif kerajaan salur peruntukan secara tidak langsung memberi ruang dan peluang lebih banyak kepada ibu bapa dalam mencari alternatif sekolah yang dirasakan terbaik untuk anak mereka. - Gambar fail/USIM
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Pembangunan institusi pendidikan Islam bantu lahirkan manusiawi berakhlak tinggi
Inisiatif kerajaan salur peruntukan bagi pembangunan dua institusi Pendidikan Islam jadi batu loncatan dalam melahirkan manusiawi berakhlak tinggi.