Keputusan berhubung pembelian tanah bagi pembangunan semula Kampong Baru di ibu negara akan diumumkan pada Jun akan datang.
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata ketika ini Perbadanan Pembangunan Kampung Baru masih mempergiat usaha memberi penerangan kepada pemilik tanah berhubung skim pilihan tawaran.
"(Isu) Kampong Baru lama lagi (prosesnya), cerita belum habis lagi. Bulan Jun ini barulah kita akan muktamadkan sepenuhnya kerana Perbadanan Pembangunan Kampung Baru masih berjumpa penduduk dalam kumpulan kecil untuk jelaskan kerana banyak sangat maklumat yang tidak begitu tepat dalam sosial media.
"Bulan enam ini akan kita selesaikan. Kalau (ada masalah seperti) tidak cukup korum, bagaimana kita nak buat. Kalau tidak cecah 100 peratus, bagaimana nak kita lakukan.
"Kalau dapat 100 peratus jelas, banyak pilihan yang kita boleh fikirkan supaya yang mana setuju tu kita terus dapat lakukannya," katanya kepada media selepas menyempurnakan Pertandingan Bola Sepak Perpaduan Piala Khalid Samad di sini pada Ahad.
BACA: Kerajaan yakin penduduk Kampung Baru setuju dengan tawaran baharu
Tambah Khalid, pihaknya sedaya upaya untuk tidak melaksanakan proses pengambil alihan oleh kerajaan, sebaliknya menggunakan pendekatan rundingan dan persetujuan bersama.
"Sebenarnya dalam isu Kampong Baru, ini adalah yang terbaik yang pernah tercapai. Sebelum ini belum pernah ada sampai 50 peratus (persetujuan).
"Kiranya ini tawaran yang baik dan pendekatan kita baik, cuba pujuk dan berikan penjelasan, tidak ada paksaan.
"Kita telah janjikan kita tidak akan guna pengambilan oleh Kerajaan. Kita cuba bincang bersama dan kita dapatkan mereka bersama kita untuk bangunkan mereka," katanya.
Pada penghujung Oktober tahun lalu, Kerajaan menawarkan nilai RM1,000 satu kaki persegi bagi keseluruhan 825 lot tanah di Kampong Baru.
Bagaimanapun, daripada jumlah itu, RM150 adalah pulangan dalam bentuk pegangan saham dalam Syarikat Tujuan Khas (PSV) yang akan ditubuhkan kelak.
Selain itu, potongan harga sejumlah 15 peratus akan diberikan kepada pemilik tanah yang memilih untuk membeli harta tanah dalam pembangunan yang akan dilaksanakan kelak.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Jan 12 2020
Tambah Khalid, pihaknya sedaya upaya untuk tidak melaksanakan proses pengambil alihan oleh kerajaan, sebaliknya menggunakan pendekatan rundingan dan persetujuan bersama.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Pembangunan Kampong Baru: Keputusan pada Jun - Khalid
Pihaknya sedaya upaya untuk tidak melaksanakan proses pengambil alihan oleh kerajaan, sebaliknya menggunakan pendekatan rundiangan dan persetujuan bersama.
Tanah Kampong Baru: Kerajaan tawar RM1,000 setiap kaki persegi
Kerajaan hari ini menawarkan nilai RM1,000 satu kaki persegi bagi keseluruhan 825 lot tanah di Kampong Baru.
Kampong Baru: Isu jual tanah bukan fokus utama - MAS
Isu jual tanah bukan fokus utama yang dilihat kira-kira 5,300 pemilik tanah di Kampong Bharu yang ditawar kerajaan baru-baru ini.
Kerajaan PH telus isu Kampong Baru, tak macam BN - Khalid
Pembangunan Kampong Baru sama sekali tidak boleh disamakan dengan isu pemansuhan PTPTN, mengurangkan harga minyak, atau menghapuskan tol.
'Kekayaan Melayu di Kampong Baru terbenam dalam tanah ini'
Pembangunan Kampong Baru beri peluang penduduk di situ kukuhkan kedudukan ekonomi mereka.
Pembangunan Kampong Baru peluang orang Melayu kukuhkan ekonomi
Empat tawaran yang kerajaan kemukakan dilihat peluang terbaik untuk kesemua pewaris dan pemilik yang terlibat.