Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata fasa terkini pembangunan di KL Sentral adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam bandar.
Najib, dalam catatan di laman Facebook beliau hari ini, berkata ia sejajar Program Transformasi Kerajaan 2.0 yang menyaksikan kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam.
Dalam catatan itu, Perdana Menteri turut memuat naik sebuah ilustrasi berkaitan informasi mengenai KL Sentral termasuk ia merupakan stesen rel terbesar di Asia Tenggara.
Selain itu, KL Sentral merupakan satu fasiliti bertaraf dunia dianggarkan bernilai RM11.7 bilion, yang merangkumi Stesen Sentral, menara pejabat korporat, hotel antarabangsa bertaraf lima bintang, kompleks beli-belah, pusat perniagaan dan kondominium mewah.
Dalam pada itu, kesemua 37 set enam gerabak yang ditempah untuk KTM Komuter telah pun memulakan perkhidmatannya dan berjaya mengurangkan tempoh menunggu daripada 45 minit kepada 15 minit pada waktu puncak.
Perdana Menteri melawat KL Sentral tengah hari tadi bersempena ulang tahun ke-13 pembukaannya.
Ketika ini, Stesen Sentral memberi khidmat kepada 160,000 orang setiap hari termasuk mereka yang berulang alik dan sejumlah besar pelancong, sehingga mencapai kira-kira 58.4 juta pengguna setahun.
Bernama
Fri Jun 06 2014
Pembangunan KL Sentral inisiatif naik taraf pengangkutan awam bandar - Najib
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Van perantara percuma sempena sidang Parlimen dari 24 Jun-18 Julai
Bersempena pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat, Rapid Bus akan mengoperasikan perkhidmatan van perantara percuma antara KL Sentral dan Parlimen.
Rapid Bus sedia van perantara percuma ke Parlimen bermula 26 Feb
Ia juga dalam usaha mengurangkan kesesakan ruang letak kereta di pekarangan Parlimen.
KL Sentral bakal dibangunkan semula, kos cecah RM1 bilion - Loke
Kabinet hari ini meluluskan secara prinsip cadangan Kementerian Pengangkutan berkaitan pembangunan semula KL Sentral, yang merupakan hab pengangkutan awam utama di ibu kota.
KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha
Tren-tren tambahan ini akan beroperasi selama enam hari bermula 27 Jun hingga 2 Julai. Sebanyak 24 perkhidmatan tambahan ditawarkan untuk tempoh yang dinyatakan.
Stesen Kereta Api Kajang 2 mula operasi Isnin ini
Stesen Kereta Api Kajang 2 akan mula beroperasi Isnin ini (13 Mac) dengan 46 perkhidmatan tren beroperasi pada hari bekerja dan 33 perkhidmatan pada hari minggu dan hari kelepasan am.
Skypark Link kembali beroperasi mulai hari ini
Perkhidmatan tersebut juga melibatkan 21 tren dari stesen KL Sentral ke Terminal Skypark yang akan beroperasi setiap hari.
ATLAS Vending lancar Sapot SME libatkan 13 PKS di seluruh negeri
Ia merupakan inisiatif membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk mengembangkan perniagaan di samping menyokong produk tempatan.
Pokok berhampiran Muzium Negara tumbang, hempap kereta dan motosikal
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata kejadian berlaku pada pukul 3.05 petang tadi ekoran hujan lebat serta angin kencang.
Perkhidmatan pengangkutan awam di stesen dan terminal tersenarai dalam sistem HIDE terus beroperasi
MOT berkata sebarang penutupan atau pembukaan premis perniagaan ini adalah tertakluk kepada arahan MKN dari semasa ke semasa.
Artis buskers kembali 'hidupkan' KL Sentral
Rhythm @ KL Sentral Buskers Performances diselia MOTAC ini membolehkan artis buskers kembali menjana pendapatan, disamping berhibur.