SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak membenarkan sebarang pembangunan dijalankan di tanah rizab Melayu (TRM) kecuali melibatkan pembinaan infrastruktur awam, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata antara projek pembangunan infrastruktur awam yang dijalankan di TRM ialah pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan penggantian dibuat mengikut jenis TRM yang sama dan tidak melebihi luas tanah rizab yang dibatalkan.
Amirudin juga menzahirkan keyakinan kerajaan negeri berada di landasan yang betul dalam memastikan TRM dapat dipertahankan di negeri itu.
"Dalam hal ini, kita juga sedang memikirkan bagaimana kawasan TRM diberi nilai tambah selaras pengumuman Skim Perumahan MADANI di tanah rizab Melayu yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) baru-baru ini," katanya menggulung Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Mohd Razali Saari (PN-Sungai Panjang) berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang mendapati Pengurusan TRM di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor secara keseluruhannya dirumuskan adalah kurang cekap serta berkesan.
Semasa KEB2024 yang berlangsung hujung minggu lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan Skim Perumahan MADANI akan diwujudkan untuk membangunkan 2,500 unit rumah mampu milik di atas TRM dalam kadar segera bagi menjamin kesejahteraan kaum itu di bandar.
Persidangan DUN Selangor bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Amirudin berkata, kerajaan Selangor tidak membenarkan sebarang pembangunan dijalankan di tanah rizab Melayu (TRM) kecuali melibatkan pembinaan infrastruktur awam. - Foto fail/BERNAMA
Kerajaan Jawa Timur bincang kerjasama dengan Universiti Al-Azhar
Sejak 2019, setiap tahun Kerajaan Wilayah Jawa Timur hantar 30 pelajar melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Al-Azhar.
Sultan Selangor, Raja Permaisuri zahir ucapan Maulidur Rasul
Sultan Sharafuddin turut menyeru seluruh umat Islam agar terus menguatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunah-sunah baginda.
NAFAS perkenal Kit Pertanian Bandar, galak lebih ramai tanam sayur di rumah
NAFAS harap Kit Pertanian Bandar akan dapat memudahkan lebih banyak keluarga di kawasan bandar untuk mula menanam sayur di rumah masing-masing.
Labuan sasar empat emas pada Para SUKMA Sarawak
Pingat emas disasarkan menerusi tiga atlet iaitu Risabel Rozell Parinus, Labo Taulim dan Avirinda Anis.
Perkhidmatan kereta api Poland-Czech digantung kerana banjir
Perjalanan kereta api yang datang dari Republik Czech ke Poland telah dibatalkan sehingga diberitahu kelak.
Sambutan Hari Malaysia di Bagas Zakariah imbau nostalgia zaman dahulu
Pengunjung yang hadir berbusana tahun 50-an dan 60-an disajikan dengan pertunjukan wayang pacak dan diberi peluang menyertai joget lambak.
Darah satria mendiang bapa mengalir dalam badan Indiran
Indiran juga berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi untuk menjadi seorang pegawai tentera seperti bapanya.
PDRM, agensi penguat kuasa perlu tegas kenal pasti kegiatan penunggang agama
Ketegasan penting bagi memastikan gerakan subversif yang boleh memberikan ancaman terhadap akidah umat Islam di negara ini tidak berkembang.
Perbezaan pendapat perlu ditangani dengan adab terbaik - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata pada ketika menyambut Maulidur Rasul tahun ini, umat Islam diingatkan untuk menangani perbezaan pendapat dalam masyarakat dan organisasi dengan adab yang terbaik.
Umat Islam diseru perkukuh ukhwah, elak perselisihan
Ahmad Zahid berkata, ini kerana Malaysia sering dilihat sebagai contoh oleh dunia terutama dalam membawa suara Palestin.
JAIS diarah siasat segera semua rumah amal, sekolah agama di Selangor
Ia bagi memastikan tiada perkara bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar disebarkan di rumah amal dan sekolah agama.
Sidec lancar Twin Accelerator 2024, lonjak PKS dan syarikat pemula Selangor ke pentas global
50 'startup' dipilih untuk ikuti kohort ketujuh Program Pemecut Selangor (SAP24) dan 50 PKS disenarai pendek untuk kohort kedua Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX24).
MB Selangor, Kedah bakal 'berentap' petang ini
Difahamkan, ia merupakan pertembungan yang julung kali diadakan buat kedua-dua figura hebat itu dalam usaha merapatkan ukhuwah.
SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.
Final Piala FA JDT lawan Selangor, 2,400 anggota polis ditugaskan di SNBJ
Kira-kira 2,400 anggota polis ditugaskan pada perlawanan akhir bola sepak Piala FA membabitkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Nur Afrina pecah rekod SUKMA kedua, ungguli final 200m wanita
Nur Afrina terus menampilkan kemampuannya selepas mencipta catatan masa 23.89 saat (s) sekali gus memadam rekod 24.37s yang dilakar pelari dari Perak Noor Eewan Syafiah Mohd Sabri pada edisi 2016.
Kerajaan Selangor akan buka Muzium Tekstil dalam masa terdekat
Kerajaan Negeri Selangor akan membuka Muzium Tekstil dalam masa terdekat sebagai usaha menjaga kesenian warisan tekstil negeri itu.
Siri pertama SIBS 2024 catat RM12.2 bilion nilai transaksi, lepasi sasaran keseluruhan
Tidak hanya mencapai matlamat, malah melepasi sasaran keseluruhan RM7 bilion yang ditetapkan untuk kedua-dua siri SIBS 2024.
Penelitian terhadap Ustaz Don di peringkat akhir - MAIS
Perbincangan dan penelitian terhadap isu berkait penceramah bebas Ustaz Don kini berada di peringkat akhir, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selangor kesan 50 kes pencemaran sumber air
Kira-kira 50 kes pencemaran sumber air dikesan berlaku di Selangor sepanjang tahun ini.