awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu kantin sekolah ditemukan lemas di pantai Air Papan

Bernama
Bernama
04/11/2023
15:22 MYT
Pembantu kantin sekolah ditemukan lemas di pantai Air Papan
Abdul Razak berkata hasil siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah dalam kejadian ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) - Gambar hiasan
MERSING: Seorang pembantu kantin sekolah yang sedang bercuti bersama keluarganya ditemukan lemas di Pantai Air Papan di sini, tengah hari Sabtu.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata menurut saksi, Mohamad Yasin Abdul Jaleel, 18, dijumpai terdampar di tepi pantai berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari, sebelum diberi bantuan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.
"Mangsa (Mohamad Yasin) yang berasal dari Kluang telah dibawa ke Hospital Mersing untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Abdul Razak berkata hasil siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah dalam kejadian ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pembantu kantin lemas
#Supt Abdul Razak Abdullah Sani
#berita dalam negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan