KUALA KANGSAR:Seorang pembantu kedai makan maut terkena renjatan elektrik pada tiang besi khemah di Persiaran Lembah, di sini lewat petang semalam.
Ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Fauzi Musa, 30, dikatakan jatuh tertiarap di lantai dengan tangan kanan masih memegang tiang besi khemah.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisoner Omar Bakhtiar Yaacob, hasil siasatan mendapati salah seorang pelanggan dan pekerja nampak mangsa rebah secara tiba-tiba selepas selesai menghantar makanan.
"Kejadian berlaku lebih kurang pukul 4 petang. Ketika itu hujan sangat lebat dan ada saksi nampak mangsa jatuh tertiarap di bawah khemah dengan tangan kanan masih memegang tiang besi khemah.
"Pekerja yang cuba membantu dengan memegang badan mangsa berkata masih terdapat aliran cas elektrik pada badannya, namun masih bernadi. Renjatan disyaki dari aliran elektrik di tiang khemah kedai.
"Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati badannya masih basah bersama-sama pakaian dan muka dan tangan berwarna gelap," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ujarnya lagi, mangsa meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital dan hasil bedah siasat mendapati kematian disebabkan serangan jantung akibat renjatan elektrik.
Katanya, mangsa masih bujang dan bekerja sambilan di kedai makan tersebut serta dibayar gaji mengikut hari sejak sebulan lalu, setelah berhenti kerja dengan kontrak pembinaan.
Menurut keluarganya, mangsa tidak mengalami sebarang penyakit dan tiada rekod kritikal dengan hospital.
Omar berkata, kes dibuka dan disiasat mengikut siasatan laporan mati mengejut (SDR).
Aida Aziz
Mon Oct 26 2020

Mohamad Fauzi Musa yang berusia 30 tahun maut terkena renjatan elektrik pada tiang besi khemah di Persiaran Lembah, Kuala Kangsar pada Ahad. - Gambar ihsan pembaca

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - PDRM
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia – Zafrul
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: Sah! BN gerak solo pada PRU15

Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz menjelaskan di bawah semangat Keluarga Malaysia pelbagai dasar, program dan peruntukan telah kerajaan sediakan untuk golongan belia.

Dua empangan sabo akan segera dibina di Gunung Inas - Sanusi
Ia bagi memperlahankan aliran air sungai dan menyekat aliran puing yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena kepala air di kawasan berpenduduk.

AWANI Ringkas: Anggota polis bermasalah dipindah ke Sabah, Sarawak tidak benar

Pembantu kedai makan dipenjara 18 bulan halang tugas penjawat awam
Tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu melakukan khianat dengan melanggar kereta polis dan menghalang penjawat awam yang menjalankan tugas.

Pembantu kedai makan maut dirempuh kereta
Seorang pembantu kedai makan maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Batas Ubi dekat Yan, kira-kira jam 8.10 pagi Khamis.

PKP: Sewa bilik untuk berparti, enam dikompaun RM4,000 seorang
Hasil pemeriksaan menemui empat lelaki dan dua wanita itu dalam keadaan berkumpul dan minum minuman keras selain menghisap dadah.

Pembantu kedai makan maut terkena renjatan elektrik tiang besi
Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Fauzi Musa dikatakan jatuh tertiarap di lantai dengan tangan kanan masih memegang tiang besi khemah.

Warga Vietnam tawar rasuah RM50, dipenjara sehari, denda RM1,000
Li Ti Tho Nga, 40 tahun, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, ditahan polis di satu persimpangan di bandar Rompin Pahang, ketika menaiki motosikal jenis Modenas pada 7 September lalu.

Gagal elak motosikal lain, pembantu kedai makan maut
Muhammad Azrun Ridzuan dikhabarkan sedang dalam perjalanan dari Sungai Layar untuk ke tempat kerjanya di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Ibu bergaji RM30 sehari terharu anak layak ke Sekolah Berasrama Penuh
Seribu satu kisah di sebalik kejayaan anak golongan B40 masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP).