GADGETS
Pembantu maya Alexa+ dilancar, diperkasa kecerdasan buatan

Perkhidmatan baharu Alexa+ boleh berinteraksi dengan pengguna sama seperti ChatGPT dan Gemini. -Amanz
PEMBANTU maya Amazon Alexa telah dikemas kini awal pagi tadi dengan ia kini diperkasakan dengan kecerdasan buatan (AI) untuk menjadikannya lebih bijak untuk membantu pengguna menguruskan kehidupan seharian.
Ringkasan AI
- Amazon Alexa Plus kini diperkasakan dengan kecerdasan buatan (AI) melalui perkhidmatan baharu Alexa, yang boleh berinteraksi seperti ChatGPT dan Gemini.
- Alexa Plus boleh memahami rakaman kamera Ring, menjadualkan agenda harian, memberi saranan jika terdapat acara bertindan, dan melakukan pelbagai tugas lain melalui arahan suara.
- Alexa Plus disokong pada peranti Echo Show terlebih dahulu dan boleh digunakan oleh pelanggan Amazon Prime atau dilanggan dengan bayaran $20 sebulan, termasuk versi untuk kanak-kanak, Alexa Kids.
Pengguna boleh bertanya kepada Alexa+ sama ada terdapat penghantaran bungkusan di rumah. Menggunakan rakaman aktiviti kamera ia boleh memberitahu berapa banyak barang telah dihantar.
Ia juga boleh diberikan arahan untuk menjadualkan pelbagai agenda harian pada kalender.
Jika mengesan wujudnya acara bertindan, ia akan memberikan saranan ke mana aktiviti boleh ditukar.
Di samping itu, ia boleh memberitahu kereta Uber akan sampai, lokasi restoran menarik di sesuatu lokasi dan membeli tiket konsert semuanya menerusi arahan suara.
Alexa+ disokong pada peranti Echo Show terlebih dahulu sebelum sokongan diberikan juga pada peranti pihak ketiga.
Ia boleh digunakan pelanggan Amazon Prime sekarang atau dilanggan dengan bayaran $20 sebulan. Wujud juga Alexa+ Kids yang boleh bercerita dan berbual dengan pengguna kanak-kanak. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami