awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu restoran didakwa lagi berkaitan Daish

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/10/2019
03:18 MYT
Pembantu restoran didakwa lagi berkaitan Daish
Hafiz diiringi anggota keselamatan di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. Astro AWANI
Seorang pembantu restoran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memiliki buku berkaitan kumpulan pengganas Daish pada Mei lalu.
Hafiz Othman, 42 tahun, didakwa kerana memiliki empat naskah majalah yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan Daish.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Malim Nawar, Kampung Changkat Baru, Malim Nawar, Kampar kira-kira 2.30 petang, 18 Mei 2019.
Hafiz didakwa di bawah Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item tersebut.
Hakim Norashima Khalid membenarkan permohonan Timbalan Perdakwa Raya Mohd Izhanudin Alias supaya kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicara.
Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.
Pada 30 Mei lalu, tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor, dengan niat untuk pergi ke Wilayah Sinai Mesir melalui Kaherah, bagi tujuan melakukan perbuatan pengganas.
Mengikut pertuduhan, Hafiz didakwa melakukan kesalahan itu di Pintu C1 Terminal Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.05 petang, 17 Mei lalu.
Bagi pertertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 130JA Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun berserta denda.
Topic Berkaitan
#daish
#Kampar
#Kanun Keseksaan
#keganasan
#KLIA
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#majalah
#Malim Nawar
#Mesir
#pembantu restoran
#pengganas
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan