GOPENG: Pengambilan pekerja warga asing bagi pembantu rumah dari Indonesia telah dilakukan secara berperingkat bermula awal bulan ini.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata kebanyakan majikan di Malaysia lebih memilih untuk menggajikan pembantu rumah warga Indonesia berbanding negara lain seperti Kemboja dan Bangladesh.
"Ada (pekerja warga asing) yang sudah dibawa masuk namun jumlah kemasukan ini perlu disemak dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana Kementerian Sumber Manusia hanya memproses dokumen dan pengurusan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Rumah Kelab Bell Belia Tamil Gopeng di sini hari ini.
Pada 7 Jun, Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah dilaporkan berkata isu pengambilan pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh dan Kemboja dijangka selesai dalam masa terdekat.
Sementara itu, beliau berkata kementeriannya akan membentangkan cadangan berkaitan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kemboja bagi membawa masuk pembantu rumah dari negara itu ke Kabinet.
"Kita masih dalam proses dan ia akan mengambil masa tetapi kita cuba mempercepat. Saya akan membentang cadangan MoU ke Kabinet untuk mengambil pekerja asing khususnya domestik, Kemboja ada pembantu rumah Islam dari kumpulan Champa yang telah tunjuk minat," katanya.
Saravanan berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Kemboja berhubung kerjasama itu dan pekerja akan diberi peluang untuk bekerja di negara ini dalam masa terdekat.
Ditanya sama ada proses pengambilan pekerja asing terjejas berikutan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan penyelewengan dalam pemilihan 25 syarikat Bangladesh sebagai ejen merekrut pekerja negara itu ke Malaysia termasuk syarikat Bestinet yang membekalkan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS), Saravanan berkata ia tidak berkaitan.
"Ia tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Bestinet kerana biasanya kementerian mengikut peraturan walaupun sistem yang digunakan diperoleh melalui KDN, kita cuma berkongsi sistem dan ia tidak menyebabkan apa-apa terjejas.
"Mungkin pihak Bestinet sibuk memberi kerjasama kepada SPRM dan mungkin berlaku sedikit kelewatan tetapi secara keseluruhan tidak ada kesan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 09 2022
Saravanan berkata kebanyakan majikan di Malaysia lebih memilih untuk menggajikan pembantu rumah warga Indonesia berbanding negara lain seperti Kemboja dan Bangladesh. - Gambar/ Bernama
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Lebih 41,000 pendatang asing tanpa izin ditahan setakat 13 November lepas - KDN
Seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, setakat 13 Nov lepas.
Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.
Beri anak majikan makan steroid agar kanak-kanak itu kekal gemuk
Dia bertindak sedemikian hanya sekiranya kanak-kanak itu tidak mahu makan makanan yang disajikannya.
Dr Say, polis serbu bilik pembantu rumah, kantoi dua lelaki menyorok dalam selimut
"Saya layan seperti manusia, tapi layanan binatang mereka beri..."
Lelaki, dua pembantu rumah ditahan disyaki edar dadah
Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita pembantu rumah warga asing serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM16,308 dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang Ampat, Sabtu lepas.
Amah bukan 'punching bag' untuk lepaskan geram - Hakim
Seorang akauntan wanita dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan didenda RM12,000 atas pertuduhan mengekplotasi dan mencederakan pembantu rumah warga Indonesia sekitar Februari hingga Mei 2021.
Empat ahli keluarga Hinduja dijatuhi hukuman penjara kerana eksploitasi pembantu rumah
Keluarga Hinduja membayar gaji rendah dan menyekat kebebasan pekerja yang diambil terus dari India untuk bekerja di rumah mewah mereka di Lake Geneva.
73 mangsa diselamatkan, 113 ahli sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Tujuh puluh tiga individu termasuk tiga orang kurang upaya (OKU) diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dieksploitasi menjadi buruh paksa.
Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia
Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam.
'Pembantu rumah dilayan seperti binatang, gaji tak dibayar'
Mangsa bertugas mencuci tandas sahaja dan selesai melakukan tugasan, mangsa akan dikurung semula di balkoni rumah.