awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu rumah melecur disimbah air panas oleh majikan di George Town

Bernama
Bernama
24/08/2014
15:51 MYT
Pembantu rumah melecur disimbah air panas oleh majikan di George Town
Wanita berusia 22 tahun itu turut mendakwa dalam kejadian Rabu lepas, tangan dan kakinya diikat.
Seorang pembantu rumah dikejarkan ke hospital pada Ahad selepas didapati melecur di bahu kanan, leher dan tangan akibat disimbah air panas oleh majikannya di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Bendera, Air Itam di sini.
Wanita berusia 22 tahun itu turut mendakwa dalam kejadian Rabu lepas, tangan dan kakinya diikat dan mangsa hanya dapat melarikan diri awal semalam selepas suspek meninggalkan rumah itu untuk pergi bercuti.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Rahman Ahmad berkata keadaan mangsa kini stabil selepas dihantar ke sebuah hospital di sini dengan bantuan orang awam kira-kira pukul 1.30 pagi Ahad.
"Kami mendapat maklumat kejadian daripada pihak hospital dan soal siasat mendapati suspek adalah seorang wanita serta belum berkahwin," katanya ketika dihubungi.
Katanya dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang majikan terbabit dikatakan marah kerana mangsa tidak mengemas rumah dengan baik sebelum menyimbahnya dengan air panas.
Wanita itu turut mendakwa diikat selama beberapa jam dan hanya diberikan plaster untuk merawat kecederaan yang dialaminya dan mengadu pernah dipukul beberapa kali sebelum ini, kata Rahman.
Katanya mangsa juga merupakan anak yatim piatu dan bekerja di rumah berkenaan sejak setahun lepas.
"Polis sedang menyiasat motif kejadian dan sedang mengesan majikan wanita itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.
Topic Berkaitan
#air panas
#George Town
#Hospital
#mangsa
#simbah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan