awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembatalan IMAMS bagi permohonan visa umrah langkah tepat - Najib

Bernama
Bernama
16/12/2017
12:13 MYT
Pembatalan IMAMS bagi permohonan visa umrah langkah tepat - Najib
Pelaksanaan IMAMS, yang merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, bertujuan menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini. - Gambar hiasan
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pembatalan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah sebagai tindakan tepat.
"Saya tidak bersetuju sistem IMAMS dikenakan untuk urusan visa umrah. Pengumuman ia dibatalkan adalah sangat tepat," kata perdana menteri menerusi akaun Twitter beliau.
Pembatalan IMAMS diumumkan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini.
Susulan pembatalan sistem IMAMS, Mas Ermieyati berkata kerajaan akan mencari kaedah baharu yang lebih berkesan bagi menangani penipuan pakej umrah.
Dalam sidang media semalam, Mas Ermieyati memberitahu pelaksanaan IMAMS, yang merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, bertujuan menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.
BACA: IMAMS perlu pastikan kakitangan syarikat beragama Islam
BACA: IMAMS: Akses rasmi tunggal visa umrah mulai hari ini
BACA: PAPUH bantah pelaksanaan IMAMS
Antara lain, IMAMS mengenakan caj tertentu yang menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat kerana dilihat akan mengakibatkan penambahan kos bagi mengerjakan umrah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#IMAMS
#Mas Ermieyati Samsudin
#Najib Razak
#pelancongan
#penipuan
#umrah
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan