Pembayaran tol di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Jitra, Bukit Kayu Hitam (Lebuhraya Utara Selatan), Lunas dan Kubang Semang (Lebuhraya Butterworth-Kulim) akan dilakukan secara elektronik menggunakan kad Touch 'n Go dan PLUSmiles serta SmartTAG bermula 9 Sept ini.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Mohammad Fuad Khusairi berkata pengguna yang membayar secara tunai di lima plaza tol itu perlu berhijrah kepada sistem kutipan tol elektronik secepat mungkin.
"Untuk memudahkan pembelian dan pengisian semula kad PLUSMiles dan Touch 'n Go, pengguna lebuh raya boleh membeli kad PLUSMiles dan Touch 'n Go dengan nilai sedia ada sebanyak RM5 (kad adalah percuma) di plaza tol berkenaan mulai sekarang hingga 31 Disember 2015, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Pengguna lebuh raya boleh juga membeli peranti SmartTAG pada harga promosi RM96 (termasuk cukai barang dan perkhidmatan enam peratus)di kesemua lima plaza tol itu sehingga 30 Sept ini (selagi stok masih ada).
Mohammad Fuad berkata pengguna Kelas 1 yang membayar secara elektronik di plaza tol Jitra, Bukit Kayu Hitam, Lunas dan Kubang Semang juga akan menikmati 20 peratus rebet tol mulai 1 Sept hingga 31 Dis tahun ini.
Pengguna Jambatan Pulau Pinang yang menikmati diskaun 20 peratus sekarang ini tidak layak mendapat rebet tol 20 peratus itu.
Inisiatif pembayaran tol elektronik sepenuhnya itu berjaya dilaksanakan di Bangunan Sultan Iskandar (2008), Lebuhraya Linkedua (berperingkat sejak 2009), Plaza Tol Kempas (2014), Batu Tiga dan Sungai Rasau (Nov 2014) serta Mambau dan Lukut di Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Jun lepas.
Bernama
Tue Aug 11 2015
Lima tol terbabit ialah Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Jitra, Bukit Kayu Hitam, Lunas dan Kubang Semang.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
e-Tunai Rakyat bantu warga Malaysia ke arah transaksi tanpa tunai
Program e-Tunai Rakyat yang mengagihkan RM30 kepada setiap orang yang layak melalui e-dompet, pastinya akan menyumbang kepada masyarakat tanpa tunai.
Bukan bas mini lama - Rapid KL bus
Tempoh percubaan dari 1 Sept hingga 29 Nov itu di Route T300 akan menggunakan bas mini baru bersaiz lapan meter panjang, lengkap dengan penghawa dingin.
Cyberjaya mahu jadi bandar tanpa tunai pertama melalui penggunaan TaPay
Cyberjaya berhasrat untuk menjadi bandar tanpa tunai pertama melalui penggunaan e-dompet TaPay (Take Action Pay) yang dibangunkan buat kali pertama di negara ini.
AmBank Islamic, UIAM sasar 5,000 pemegang kad kredit
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Group Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata kad kredit AmBank Islamic-UIAM merupakan kerjasama pertama pihaknya dengan institusi pengajian tinggi tempatan.
Sistem pembayaran tol elektronik sepenuhnya di AKLEH mulai 9 Sept
Sistem pembayaran tol secara elektronik sepenuhnya akan dilaksanakan di Plaza Tol Datuk Keramat mulai 12 tengah hari pada hari tersebut.
Pembayaran elektronik sepenuhnya di 5 tol plaza bermula 9 Sept
Lima tol tersebut adalah Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Jitra, Bukit Kayu Hitam (Lebuhraya Utara Selatan), Lunas dan Kubang Semang (Lebuhraya Butterworth-Kulim).