awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembekuan akaun bank keluarga Najib bukan balas dendam - Dr Mahathir

Bernama
Bernama
06/07/2018
06:31 MYT
Pembekuan akaun bank keluarga Najib bukan balas dendam - Dr Mahathir
Dr Mahathir semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini, 6 Julai, 2018. Turut sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pembekuan akaun bank mereka adalah tindakan balas dendam.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata dakwaan itu adalah satu tuduhan dan keluarga bekas perdana menteri itu boleh membawa kes tersebut ke mahkamah jika mereka tidak berpuas hati.
"Kita nak balas dendam apa? Yang dia buat dulu lebih daripada itu kita tak merungut.
"Semua kawan-kawan saya dihalau tak beri berkawan dengan saya, pembekuan akaun mereka dilakukan, kita tak merungut.
"Ini adalah tuduhan, dia boleh tuduh apa, dia salah. Kalau dia kata (pembekuan akaun) ini salah, mereka boleh bawa ke mahkamah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan keluarga Najib bahawa pembekuan akaun mereka dilakukan sebagai tindakan membalas dendam.
Dua hari lepas, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa memuat naik luahan mengenai pembekuan akaun miliknya dan anak lelakinya berusia 10 bulan menerusi posting sosial Facebook bernama 'Malaysians for Civil Liberty'.
Bagaimanapun, semalam Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Azam Baki menafikan dakwaan akaun bank milik cucu bekas perdana menteri itu turut dibekukan ekoran siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#akaun
#Azam Baki
#bank
#beku
#dakwaan
#Facebook
#keluarga
#Mahathir Mohamad
#nafi
#Najib Razak
#Nooryana Najwa
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan