awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo sasar buka laluan ke Semenanjung Malaysia tahun ini
Tujuh maut, lebih 100 cedera dalam sukan 'laga lembu' di India
Seorang maut selepas gempa bumi berukuran 5.8 magnitud landa Pakistan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembelian hotel di London: Tangkapan dalam masa terdekat - SPRM

Bernama
Bernama
20/07/2017
11:26 MYT
Pembelian hotel di London: Tangkapan dalam masa terdekat - SPRM
AZAM: Hasil semakan biro siasatan kita, ada tangkapan yang dilakukan dalam masa terdekat. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ada tangkapan akan dilakukan berhubung pembelian sebuah hotel di London oleh Felda Investment Corporation (FIC) dalam masa terdekat, kata Ketua Pengarah SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.
"Seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki, hasil semakan biro siasatan kita, ada tangkapan yang dilakukan dalam masa terdekat, iaitu waktu bekerja.
"Tunggulah, kita tunggu," katanya ketika diminta tarikh spesifik penangkapan tersebut.
Dzulkifli berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran drama bersiri 'Banteras' kolobrasi antara SPRM dan Fantasy Film Sdn Bhd, di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan memaklumkan jumlah yang akan ditangkap mahupun jawatan mereka.
"Tangkapan kita buat dan selepas tangkapan mesti ada siasatan lanjut. Sekiranya ada siasatan lanjut, atau pun keperluan siasatan dan tangkapan lanjut, kita akan buat," katanya.
SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC, dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.
FIC dilaporkan membeli sebuah hotel empat bintang di Kensington, London pada STG60 juta (RM330 juta) pada 16 Dis 2014.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#FIC
#hotel
#London
#siasatan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan