awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembentung didakwa jadi punca banjir termenung di Beruas

Bernama
Bernama
16/11/2022
15:00 MYT
Pembentung didakwa jadi punca banjir termenung di Beruas
Banjir yang melanda enam kampung di Pantai Remis semalam didakwa berpunca daripada pembentung di kawasan berkenaan yang tidak dapat menampung jumlah aliran air ketika hujan lebat. - Gambar fail/BERNAMA
BERUAS: Banjir yang melanda enam kampung di Pantai Remis di sini semalam didakwa berpunca daripada pembentung di kawasan berkenaan yang tidak dapat menampung jumlah aliran air ketika hujan lebat.
Calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Azman Noh yang membuat dakwaan itu berkata kejadian banjir di kawasan itu bukan berpunca daripada masalah sistem perparitan, sebaliknya disebabkan saiz pembentung sedia ada yang tidak dapat menampung jumlah air hujan yang banyak.
Beliau memberitahu Bernama pembentung itu perlu dinaik taraf kerana ia dilihat tidak mampu menampung aliran air Sungai Dendang apabila berlaku hujan lebat.
Katanya beliau percaya masalah banjir termenung di Kampung Kilang, Kampung Paya Ara, Kampung Paya Lima, Kampung Tualang, Kampung Pulau Kabung dan Kampung Padang Serai dapat diselesaikan sekiranya projek tebatan banjir Lembangan Sungai Beruas dilaksanakan.
Seramai 408 mangsa daripada 124 keluarga masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di lima daerah di Perak setakat pukul 12 tengah hari tadi dengan PPS Dewan SMK Raja Shahriman Beruas menempatkan seramai 83 mangsa dan SMK Padang Serai 111 mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir termenung
#Beruas
#Pantai Remis
#Azman Noh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan