Pengumuman pemberian bantuan RM600 secara 'one-off' atau sekali bayar kepada pemandu teksi, pemandu bas persiaran, pemandu pelancong dan penarik beca yang berdaftar sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada golongan itu yang terjejas akibat penularan COVID-19.
Meskipun pengumuman itu satu berita yang menggembirakan namun mereka tertanya-tanya cara untuk mendapatkan bantuan tersebut.
Pemandu bas persiaran, Vincent Wong, 43, berkata bantuan seumpama itu sememangnya satu berita yang baik kerana kebelakangan ini, aktiviti membawa pelancong sekitar negeri itu disifatkannya sebagai semakin suram.
Wong, yang juga seorang pemandu pelancong, berkata beliau ingin mengetahui prosedur yang diperlukan untuk mendapatkan bantuan itu bagi menampung pendapatan bulanannya.
"Kita juga hendak tahu apakah syarat yang diperlukan untuk kita dapat (bayaran) one-off ini, sebab kita hanya dengar melalui pengumuman sahaja. Sekarang memang susah nak cari makan malah pendapatan yang diperoleh dalam sehari menjunam sehingga 70 peratus. Bas yang saya bawa untuk syarikat yang saya kerja ini sudah tiga bulan tak jalan," katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat.
Wong berkata sebelum COVID-19 merebak, beliau membawa bas pelancong sehingga ke Singapura.
"Sekarang Singapura dah kena kuarantin, jadi berapa lama lagi kita nak tahan... kalau dalam negeri boleh la nak dapat RM200 (sehari), kalau luar memang tak ada langsung," katanya.
Sementara itu, seorang penarik beca, Tan Hee Peng, 72, mengakui pendapatannya turut terjejas sejak penularan COVID-19 ke negara ini dan meminta pihak berkaitan menjelaskan syarat mahupun prosedur yang diperlukan untuk membolehkannya membuat permohonan.
"Sudah dua minggu saya tiada pendapatan. Saya mahu tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan tersebut, sama ada perlu jumpa pihak pelancongan atau pihak lain... jadi, kena maklum kepada kami supaya kami tahu," katanya yang sudah menjadi penarik beca sejak 40 tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri Yeoh Soon Hin pula berkata Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang dibentangkan Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis adalah satu pendekatan yang baik untuk membantu sektor pelancongan.
"Pakej ini salah satu inisiatif yang baik daripada kerajaan sebab kita sedang menghadapi situasi yang mencabar ketika ini. Tidak kira berapa jumlah yang diberi ia tetap membantu pihak yang terlibat dalam sektor pelancongan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 28 2020

Kebanyakan penerima bantuan tersebut ingin mengetahui prosedur yang diperlukan untuk mendapatkan bantuan itu bagi menampung pendapatan bulanannya. - Astro AWANI

Isu Norizam bersama FAM, MFL selesai
Pertikaman lidah antara pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman dengan FAM dan MFL akhirnya selesai menerusi pertemuan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

AWANI Ringkas: KKM tubuh 213 pusat penilaian COVID-19 | PKP: Anggota polis boleh masuk Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Vaksinasi penting untuk kembali pulihkan ekonomi - MOSTI
Apabila imuniti kelompok tercapai maka penularan COVID-19 akan dapat dikawal kerana majoriti penduduk sudah memiliki ketahanan terhadap virus itu.

Lebih 500 pemandu lori kargo jalani ujian saringan COVID-19 di pusat pemeriksaan darat Singapura
Semua pemandu lori kargo dan pengiringnya yang memasuki republik itu diwajibkan menjalani Ujian Rapid Antigen (ART) di pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands, bermula pada 9 pagi semalam.

COVID-19: Kes positif global hampir 98 juta, kematian lebih 2.1 juta
Lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, sekali gus menjadikan kes kumulatif global terkini mencecah 97,962,267.

COVID-19: Satu sekolah di Melaka dan Terengganu ditutup sementara
Penutupan sementara sekolah bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dan pembasmian kuman dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut.

ADGMIN1 tekankan usaha perkukuh keselamatan siber - Saifuddin
Pengukuhan keselamatan siber juga merupakan satu daripada komponen penting dalam Pelan Induk Digital ASEAN 2025.

Seorang DJ Thailand positif COVID-19, jangkiti lima lagi
DJ dan pelakon itu dipercayai dijangkiti pada 9 Jan lalu ketika hadir pada majlis sambutan hari lahir di Banyan Tree Hotel, Jalan Sathon.

Pelan induk digital lima tahun ASEAN dilancar
ADGMIN1 muncul di saat sangat mencabar dan kritikal kerana ekosistem digital semakin penting dalam kehidupan masyarakat dan perniagaan di seluruh ASEAN.

Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Sembrong
Difahamkan, lelaki terbabit bertindak terjun ke dalam sungai tersebut semasa operasi membasmi dadah oleh polis, di sekitar kawasan berkenaan.

Pemberian bantuan RM600, penerima manfaat ingin tahu prosedur
Meskipun pengumuman itu satu berita yang menggembirakan namun mereka tertanya-tanya cara untuk mendapatkan bantuan tersebut.