awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
Rujuk pihak berautoriti untuk isu agama - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemberian Insentif Rebat RAHMAH sempena hari raya Aidilfitri, apa yang anda perlu tahu?

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2025
10:09 MYT
Pemberian Insentif Rebat RAHMAH sempena hari raya Aidilfitri, apa yang anda perlu tahu?
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan pemberian Insentif Rebat RAHMAH kepada rakyat Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri ketika sidang media mingguan Kabinet hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan pemberian Insentif Rebat RAHMAH kepada rakyat Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri ketika sidang media mingguan Kabinet hari ini.
Berikut adalah fakta yang anda perlu tahu tentang Insentif Rebat RAHMAH:
1. Apakah itu Insentif Rebat RAHMAH sempena Hari Raya Aidilfitri?
I
nsentif Rebat RAHMAH ialah tawaran istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri yang memberikan tambahan kuota data minimum 5GB kepada semua warganegara Malaysia yang menggunakan pelan pascabayar atau prabayar daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco).
Tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat telco yang terlibat iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE, REDtone dan XOX Com.
2. Siapakah yang layak menerima Insentif Rebat RAHMAH sempena Hari Raya Aidilfitri ini?
Semua warganegara Malaysia yang melanggan pelan pascabayar atau prabayar daripada syarikat telco yang terlibat layak menerima insentif ini.
Kuota data tambahan ini sah untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat telco yang terlibat.
3. Bagaimanakah jika saya mempunyai pelan prabayar dan pascabayar? Adakah saya layak untuk kedua-duanya?
Setiap warganegara Malaysia layak menerima tawaran insentif secara sekali beri (one-off) bagi setiap akaun.
4. Bilakah Insentif Rebat RAHMAH sempena Hari Raya Aidilfitri boleh mula dinikmati?
Insentif ini akan mula ditawarkan pada Hari Raya Pertama Aidilfitri. Kuota tambahan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pelanggan, tertakluk kepada terma dan syarat serta pelaksanaan setiap telco yang terlibat.
Pelanggan boleh berhubung dengan telco masing-masing untuk maklumat lanjut.
5. Bagaimanakah saya boleh mengetahui maklumat lanjut tentang Insentif Rebat RAHMAH sempena Hari Raya Aidilfitri ini?
Pelanggan boleh menghubungi hotline telco yang terlibat iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE dan REDtone, dan XOX Com atau hadir ke mana-mana cawangan telco yang berdekatan.


*Dokumen ini merupakan FAQ asas bagi pemberian Insentif Rebat RAHMAH kepada rakyat Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri.
**Maklumat lanjut tentang insentif ini akan diumumkan oleh syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
Topic Berkaitan
#Insentif Rebat Rahmah
#Hari Raya Aidilfitri
#rakyat Malaysia
#telco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan