Pembinaan blok bangunan wad perubatan baharu di Hospital Bintulu dipercayai dapat menampung masalah kesesakan pesakit di bandar itu.
Oleh itu, Timbalan Menteri Kesihatan (II), Datuk Aaron ago Dagang menyatakan blok bangunan baharu itu dengan peruntukan lebih RM400 juta adalah perlu kerana ia turut mengambil kira aspek peningkatan penduduk bandar tersebut.
“Untuk wad tersebut, Hospital Bintulu telah memohon untuk mendapatkan satu lagi blok baharu dengan jumlah 250 katil.
“Projek ini boleh menjangkau kos sehingga lebih RM400 juta. Perkara ini masih dalam perancangan,” katanya.
Ujar beliau lagi, pertambahan perkhidmatan dan kemudahan kesihatan lain amat diperlukan bagi memastikan pasukan perubatan menyampaikan khidmat mereka secara lebih efisien dan pantas.
Tambahnya lagi, ini juga akan memberi manfaat besar kepada warga Bintulu dalam menjalankan pemeriksaan kesihatan dengan lebih selesa.
Setakat ini jelasnya, Bintulu memiliki 12 klinik kesihatan, sebuah klinik komuniti dan sebuah klinik kesihatan ibu dan anak.
Justeru, pihaknya mengambil kira cadangan untuk membina tiga lagi klinik baharu iaitu klinik kesihatan jenis 3, iaitu bagi kawasan Kidurong, Samalaju serta klinik kesihatan jenis 6-Data Kakus.
Selain Bintulu, beliau turut mencadangkan pembinaan hospital di daerah Tatau untuk tujuan yang sama iaitu memenuhi keperluan pesakit.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Hospital Bintulu.
Astro Awani
Sat Jun 20 2020

Datuk Aaron Ago Dagang, pembinaan fasiliti kesihatan termasuk klinik kesihatan amat diperlukan bagi memastikan perkhidmatan perubatan dapat disampaikan secara dinamik. -Gambar Arkib

Treler Terbalik | Pemandu treler muatan tepung maut, kelindan cedera
Seorang pemandu treler yang membawa muatan tepung maut selepas kenderaan yang dipandu terbabas sebelum terbalik ke bahu jalan di kilometer 24 Jalan Raya Timur Barat (JRTB), di Gerik, Perak, pagi Khamis. Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7.38 pagi itu turut menyebabkan kelindan treler tersebut mengalami kecederaan.

IMF | Ekonomi Malaysia berkembang 5.75 peratus pada 2022
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) optimis bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.75 peratus pada 2022, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang terpendam dan permintaan luar yang terus kukuh. Ini sejajar dengan unjuran pertumbuhan kerajaan antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus bagi 2022. Ekonomi berkembang 3.1 peratus tahun lalu.

AWANI Ringkas: Sabah catat peningkatan 51 kali ganda kes HFMD
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket penyamaran, SPA nafi tawar perkhidmatan berbayar untuk kemasukan
SPA menafikan penawaran perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

HFMD: Sarawak catat trend peningkatan, 483 kes direkodkan setakat 14 Mei
Jangkitan kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di Sarawak menunjukkan peningkatan walaupun dalam keadaan terkawal dengan jumlah kumulatif ialah 483 kes dalam tempoh Januari hingga 14 Mei 2022.

Sultan Perak berkenan dengar taklimat kemalangan lima pelajar USAS
Sultan Nazrin rasa zahir dukacita kejadian yang melibatkan kehilangan nyawa lima orang pelajar itu secara sangat tragik dan mengerikan.

Terima ijazah kehormat, Taylor Swift kini bergelar Dr
Swift, 32, menerima ijazah kehormat kedoktoran seni dari Universiti New York (NYU) pada Rabu.

DUN Sarawak: Ibu bapa culas daftar kelahiran punca anak tiada dokumen pengenalan diri - Fatimah
Kerajaan Sarawak memandang serius malah sentiasa komited untuk mempercepatkan tempoh menunggu status permohonan kewarganegaraan, terutama yang melibatkan kanak-kanak di negeri ini.

Bekas ADUN Melaka, Noor Effandi sertai Amanah
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), Selasa lepas.

Krisis jururawat di Johor: Tawaran gaji lumayan di Singapura tarik minat anak tempatan
Johor hadapi masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat.

Debat Perdana Anwar-Najib: Dewan Sivik MBPJ atau MATIC?
Difahamkan, dua lokasi kini menjadi pertimbangan penganjur iaitu Dewan Sivik MBPJ dan Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC).

Jalan TAR jadi tumpuan, orang ramai ambil kesempatan hujung minggu buat persiapan raya
Pusat membeli-belah di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur semakin sesak dibanjiri orang ramai untuk tujuan persiapan menjelang sambutan Aidilfitri.

Malaysia jadi model perangi Islamofobia? - Dialog Tiga Penjuru, 8.30 malam ini
Ketakutan atau kebencian yang keterlaluan terhadap Islam atau lebih dikenali sebagai Islamofobia bukanlah suatu perkara baharu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 April 2022.

Astro AWANI mula bersiaran dengan khidmat jurubahasa isyarat
Maklumat lebih telus dan meluas merangkumi segenap pelusuk negara...

Buka sempadan: Tambak Johor meriah, ahli keluarga sambut kepulangan rakyat Malaysia
Tepat jam 12 tengah malam tadi, Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik dan antara yang ditunggu-tunggu ramai adalah pembukaan sepenuhnya pintu sempadan negara.

Kepimpinan wanita tidak boleh disangkal lagi, mampu beri impak besar
Kepimpinan wanita sering menjadi perdebatan semasa terutama kemampuan mereka dalam pengurusan utama dan pembuat keputusan.

Apa yang susah sangat nak bentang RUU Antilompat Parti? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini
Menurut MoU PN-PH, RUU Antilompat Parti perlu dibentang dan diluluskan di Parlimen dalam tempoh tidak lewat daripada mesyuarat pertama Parlimen iaitu sebelum atau pada 24 Mac ini.

Apakah ada cara lain selain pengeluaran simpanan KWSP? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini
Pengumuman Perdana Menteri berhubung pengeluaran khas RM10,000 daripada simpanan KWSP mencetuskan reaksi berbeza.

Apa yang bakal diumum Perdana Menteri hari ini?
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan sidang media khas pada pukul 1.30 tengah hari ini.