awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan

Bernama
Bernama
31/01/2025
14:00 MYT
Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun semasa sidang media selepas merasmikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Chuah di Balairaya Lama Chuah. - Foto BERNAMA
PORT DICKSON: Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri, di sini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata urusan permintaan ukur dan proses pewartaan bagi tapak masjid tersebut sedang dilaksanakan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR).
Beliau turut memaklumkan JKR sedang melaksanakan kerja-kerja awal yang merangkumi penyediaan pelan dan reka bentuk masjid.
"Selain itu, penyelarasan bersama pihak Jabatan Mufti Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) perlu dilakukan sebelum urusan perolehan dan pembinaan dapat dijalankan.
"Kita akan berusaha untuk menyelesaikan perkara ini tahun ini, insya-Allah, jika segala urusan selesai menjelang penghujung tahun ini, kita akan mula pembinaan pada tahun depan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berharap agar semua urusan dapat berjalan dengan lancar dan diselesaikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Media sebelum ini melaporkan bahawa pembinaan Masjid Terapung di Port Dickson ini melibatkan kos dianggarkan sebanyak RM25 juta, yang mana peruntukan sebanyak RM15 juta akan disalurkan oleh kerajaan Persekutuan manakala RM10 juta lagi daripada kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Masjid Terapung Port Dickson
#pembinaan
#tahun depan
#Aminuddin Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan