awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
18/01/2025
00:30 MYT
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Perjanjian gencatan senjata tiga fasa, akan dikuatkuasakan Ahad ini dan menyasarkan untuk menamatkan konflik 15 bulan di Gaza. - Gambar fail Reuters
LONDON: Inisiatif pembangunan semula Gaza dijangka menelan perbelanjaan kira-kira 1 trilion dolar Amerika susulan kemusnahan harta benda dan infrastuktur yang teruk akibat serangan rejim zionis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan membantu usaha yang dirintis Jepudengan meminta negara itu menyegerakan persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) bagi membincangkan perkara berkenaan.
"Seluruh Gaza hancur... sekolah, masjid, hospital, dan rumah. (Perbelanjaan) dijangka sampai 1 trilion dolar.
"Tetapi kita respond ini kerana Jepun yang mencadangkan... kerajan Jepun cadang untuk Asia Timur, Jepun dan Malaysia mempengerusikan bersama usaha membina semula Gaza.
"Kita akan minta Jepun menyegerakan pertemuan di peringkat pegawai," katanya dalam sidang media bersama delegasi Malaysia sempena lawatan kerja beliau ke UK pada Jumaat malam waktu tempatan.
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Jepun telah mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama Persidangan mengenai CEAPAD, memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.
Perjanjian gencatan senjata tiga fasa, yang diusahakan Mesir, Amerika Syarikat dan Qatar, akan dikuatkuasakan Ahad ini dan menyasarkan untuk menamatkan konflik 15 bulan di Gaza.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pembinaan semula Gaza
#gencatan senjata
#CEAPAD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan