awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan unit rumah ganti akan bermula minggu ini - Ahli Parlimen Kepong

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/09/2019
09:59 MYT
Pembinaan unit rumah ganti akan bermula minggu ini - Ahli Parlimen Kepong
Lim nafi tidak ambil serius keluhan hati penduduk Jinjang Selatan Tambahan, yang berdepan risiko diusir dari kediaman mereka.
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, menafikan beliau tidak mengambil berat isu perumahan yang dihadapi penduduk Jinjang Selatan Tambahan, yang berdepan risiko diusir dari kediaman mereka.
Sebaliknya, menurut beliau, satu sesi dialog sudah diadakan dengan kira-kira 20 wakil penduduk kawasan berkenaan pada Sabtu, dan kesemua mereka telah diberi peluang bertanya pelbagai soalan kepada pemaju dan diberi maklum balas berkaitan.
"Seorang wakil penduduk meminta skim pampasan yang ada sekarang diubah, jadi pemaju akan membincangkan dan akan membuat keputusan berkenaan hal itu.
"Ini akan jadi kali ketiga pampasan diubah selepas kali terakhir dinaikkan pada 2017," kata Lim menerusi kiriman WhatsApp.
Beliau juga memaklumkan terdapat sedikit salah faham yang membuat pembinaan rumah yang dijanjikan sepatutnya bermula April, hanya boleh bermula minggu ini.
BACA: Penduduk kesal rumah yang dijanjikan belum nampak 'bayang'
"Saya diberitahu pembinaan kesemua unit rumah itu patut bermula April lalu. Tetapi dalam sesi dialog semalam, pemaju maklumkan mereka hanya terima semua kebenaran yang relevan dari DBKL minggu lalu," jelas beliau sambil menambah, beliau sentiasa bersedia berjumpa dengan penduduk.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan, penduduk di situ meluahkan kekesalan apabila pembinaan rumah untuk menggantikan rumah mereka yang dirobohkan DBKLn, belum menampakkan sebarang perkembangan biarpun selepas tiga tahun berlalu.
Mereka turut mendakwa Lim tidak mengambil serius dan enggan turun padang membincangkan hal tersebut.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Kepong
#DBKL
#Jinjang Selatan Tambahan
#Lim Lip Eng
#Penduduk
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan