KUALA LUMPUR: Pembukaan industri kreatif dan beberapa sektor hiburan dalam fasa peralihan dari pandemik ke endemik adalah satu keperluan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Jelasnya, sektor kreatif adalah antara yang amat terkesan apabila tidak dapat berfungsi sepenuhnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari tahun lalu.
"Ia adalah antara sektor ekonomi yang terawal ditutup, namun antara yang terakhir untuk dibuka semula. Saya berharap sektor hiburan dapat bernafas semula dan semua pemegang taruh sektor ini dapat menjana semula ekonomi sektor kreatif dalam norma baharu.
"Meskipun ada batasan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi, ia tidak perlu menjadi kekangan untuk sektor itu berkembang dengan lebih maju dengan cara yang lebih kreatif.
"Kelonggaran yang diberikan merupakan refleksi sebenar keprihatinan kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam memastikan kelangsungan dan kelestarian rakyat sejajar dengan norma baharu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: Kerajaan umum kelonggaran SOP Fasa 1 PPN untuk industri kreatif - Perdana Menteri
BACA: Kelonggaran SOP Industri Kreatif: Kapasiti 30 peratus penonton langsung 'tak balik modal' - Penganjur
Annuar turut berterima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, atas pengumuman mengenai kelonggaran SOP Fasa 1 yang akan memberi kelegaan kepada lebih sejuta penggiat sektor industri kreatif.
Pembukaan semula lapan aktiviti industri kreatif itu mulai 9 September 2021, katanya disambut baik oleh para artis, penggiat industri dan pekerja belakang tabir yang amat terkesan akibat pandemik COVID-19.
Katanya lagi, kerajaan komited menyokong pembangunan dan kelangsungan sektor industri kreatif menerusi pelaksanaan beberapa inisiatif penting antaranya ialah Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA), Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) serta Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan untuk memberi suntikan dan nilai tambah susulan pembukaan semula operasi sektor pada Fasa 1 PPN.
Kata Annuar, sepanjang pandemik, pekerja sektor kreatif yang kebanyakannya bekerja secara kontrak atau secara sambilan didapati amat terkesan.
"Ramai penggiat industri kreatif menjadi asnaf dan terpaksa membuat apa sahaja yang boleh demi sesuap nasi," katanya.
Annuar berharap kelonggaran itu dapat digunakan dengan sebaik-baiknya selain mengingatkan penggiat industri kreatif untuk terus mematuhi semua garis panduan dan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Astro Awani
Wed Sep 08 2021
Annuar berharap sektor hiburan dapat bernafas semula dan semua pemegang taruh sektor ini dapat menjana semula ekonomi sektor kreatif dalam norma baharu. - BERNAMA
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.