KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada Isnin, yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Persidangan yang diadakan dua hari selepas sambutan ulang tahun ke-62 Parlimen itu, dijadual menumpukan isu pemulihan negara susulan penularan pandemik COVID-19 serta pakej-pakej bantuan yang disediakan untuk kelangsungan hidup rakyat.
Mesyuarat 17 hari sehingga 12 Okt itu, selepas suhu politik kembali reda dengan penubuhan kerajaan baharu di bawah pimpinan Ismail Sabri, juga bakal menyaksikan pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan.
Setakat ini dua nama disebut-sebut bakal dicalonkan iaitu Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang merupakan calon blok kerajaan dan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming calon Pakatan Harapan (PH).
Jika dua nama itu dicalonkan, persidangan dewan pada Selasa, sehari selepas perasmian, akan menyaksikan pengundikan dalam kalangan 220 Ahli Parlimen bagi memilih Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon mengesahkan proses pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu telah dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada Selasa.
"Sekiranya ada lebih dari satu nama, undi belah bahagian akan dijalankan bagi memilih Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
"Setakat ini kita ada terima nama kerana mereka perlu mengemukakan nama calon 14 hari sebelum tarikh pengundian diadakan," katanya kepada Bernama.
Selain itu, tumpuan juga kepada kemungkinan usul berkaitan keabsahan Perdana Menteri dibawa pada sidang kali ini.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini dilaporkan berkata tiada keperluan untuk mengemukakan undi percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan pelantikannya.
Menurut Wan Junaidi, ia memandangkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan menetapkan kuasa melantik Perdana Menteri adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong dan justeru itu pelantikan Ismail Sabri adalah mengikut lunas undang-undang.
Menurut takwim mesyuarat Dewan Rakyat yang dimuat naik dalam laman web rasmi Parlimen Malaysia, selain usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja, turut disenaraikan adalah pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi tempoh 2021-2025 oleh kerajaan, yang dijadual pada 27 Sept.
Ahli-ahli Dewan Rakyat akan mengambil bahagian dalam Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja selama empat hari mulai 14 Sept, sebelum sesi jawapan oleh menteri berkaitan pada 22 dan 23 Sept, menurut takwim itu.
Sesi perbahasan RMK12 pula akan bermula pada 28 Sept hingga 4 Okt, sebelum jawapan oleh menteri-menteri berkaitan.
Dua hari terakhir mesyuarat kali ini iaitu pada 11 dan 12 Okt pula isi dengan rang undang-undang dan urusan-urusan kerajaan yang lain.
Sementara itu, Mesyuarat Dewan Negara yang dirasmikan serentak dengan Dewan Rakyat, akan berlangsung dari 4 hingga 26 Okt.
Bagi meminumkan risiko jangkitan COVID-19 di Parlimen, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun sebelum ini memaklumkan pelbagai inisiatif dijalankan, antaranya pemasangan penapis udara ultra violet di dewan besar Parlimen serta penggunaan teknologi nano di pejabat bagi membunuh bakteria dan virus.
Melalui usaha itu, Azhar berkata tahap pengudaraan di Parlimen kini adalah setaraf hospital dan amat bersih.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 12 2021
Antara yang bakal menjadi tumpuan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang bermula esok, ialah kemungkinan usul berkaitan keabsahan Perdana Menteri. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Dilabel zoo, Timbalan Speaker tegur Ahli Parlimen jaga kelakuan
Terdapat individu yang melabelkan persidangan Parlimen sebagai 'zoo'.
Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguh kali keempat
Wan Junaidi mencadangkan usul yang berada di perkara nombor satu Aturan Urusan Mesyuarat itu ditangguh ke persidangan akan datang.
Speaker ingatkan Ahli Parlimen pakai pelitup muka semasa berbahas
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon hari ini mengingatkan Ahli Parlimen agar tidak membuka pelitup muka semasa bercakap dan berbahas di Dewan Rakyat.
Pembukaan Parlimen 13 Sept, sidang pertama kerajaan pimpinan PM Ismail Sabri
Persidangan dijadual menumpukan isu pemulihan negara susulan wabak COVID-19 serta pakej-pakej bantuan untuk kelangsungan hidup rakyat.
[KEMAS KINI] COVID-19: Zahid Hamidi antara 35 yang disahkan positif
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, dilaporkan antara 35 individu yang positif COVID-19.
Ingkar SOP: Timb Speaker Dewan Rakyat akan dipanggil beri keterangan - Ketua Polis Johor
Polis Johor akan rakam kenyataan Mohd Rashid selepas tular foto beliau dan keluarganya menikmati juadah raya di sebuah inap desa.
COVID-19: Parlimen cukup kelengkapan, bersedia bersidang secara hibrid
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pihak Parlimen juga dalam proses perolehan untuk menambah bahagian teknikal lain yang diperlukan.
RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Perpaduan Negara lulus
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara.
Tempat duduk blok Tun M dalam dewan akan diperkemas
Pada masa ini tempat duduk bekas Perdana Menteri itu dan lima lagi Ahli Parlimen yang bersama-sama beliau berjauhan antara satu sama lain.
Arahan 'sit-down' hangatkan sesi bahas Dewan Rakyat
Arahan berulang kali 'Yang Berhormat (YB) 'sit down' (duduk) daripada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said.