KUALA LUMPUR: Pengusaha bas sekolah di negara ini boleh menghela nafas lega menjelang pembukaan semula sesi persekolahan bersemuka secara berperingkat mulai 1 Mac ini.
Meskipun hanya melibatkan murid sekolah rendah pada peringkat permulaan, ia memberi sedikit sinar kepada mereka untuk bangkit semula selepas kegelapan panjang sejak dunia dilanda pandemik COVID-19 awal tahun lalu.
Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat berkata sektor itu sudah lama menderita sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan tahun lalu yang memaksa sesi persekolahan bersemuka ditangguhkan.
"Hampir 40 peratus pengusaha bas sekolah gulung tikar. Jika dahulu kita ada dalam 10,000 pengusaha di seluruh negara namun kini saya berani cakap tinggal 6,000 sahaja. Selebihnya sudah gulung tikar, menanggung kerugian dek tidak mampu menampung kos selenggara bas dan ramai yang beralih ke sektor ekonomi gig.
"Hutang syarikat kredit dan kos selenggara antara beban kami terpaksa tanggung walaupun kali terakhir mendapat bayaran daripada ibu bapa adalah September tahun lalu. Secara keseluruhan pada 2020 kami hanya dibayar sebanyak enam bulan sahaja iaitu Januari, Februari, Mac, Julai, Ogos dan September," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu Amali Munif berkata selain jumlah pemain industri yang semakin menguncup, kebanyakan penjaga juga masih risau risiko jangkitan COVID-19 di dalam bas sekolah sehingga tidak lagi berani membenarkan anak-anak mereka menggunakan perkhidmatan itu.
"Ramai ibu bapa yang diberi kelonggaran bekerja dari rumah juga telah mempengaruhi jumlah pengguna perkhidmatan kami kerana mereka mempunyai masa untuk menghantar sendiri anak-anak ke sekolah.
"Situasi ini agak membimbangkan kerana graf kami menunjukkan jumlah penurunan penumpang yang konsisten malah sejak tahun lalu sehingga ke hari ini kita sudah kehilangan lebih 500,000 penumpang atau kira-kira 33 peratus dari jumlah pengguna berbanding sebelum pandemik COVID-19 melanda," katanya.
Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin sebelum ini mengumumkan pembukaan semula sesi persekolahan berperingkat bermula dengan murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara pada 1 Mac diikuti Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam bermula 8 Mac.
Sekolah menengah pula akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala bagi negeri lain pada 5 April.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 27 2021
Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat berkata sektor itu sudah lama menderita sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan tahun lalu. - Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak
MOT menerima maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac.
Van sekolah kemalangan, 5 murid luka terkena serpihan kaca
Seramai lima daripada 10 murid mengalami luka apabila van sekolah dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, di sini pada Selasa.
Bas sekolah, pengangkutan awam dikecualikan subsidi bersasar diesel - Ahmad Maslan
Subsidi bersasar bagi diesel yang akan dilaksanakan kelak, tidak akan dikenakan kepada bas sekolah dan pengangkutan awam untuk mengelak berlaku kenaikan tambang.
Pengusaha bas sekolah mohon pemeriksaan Puspakom setahun sekali
Sistem tempahan dalam talian yang sedia ada memerlukan janji temu dan agak merumitkan.
Lanjutan had usia bas sekolah perlu utamakan faktor keselamatan menyeluruh
Laporan MIROS mengenai kajian sama ada perkara itu boleh dilaksanakan akan mengambil kira faktor itu.
Pengusaha bas sekolah hadapi kesukaran beroperasi - Persatuan
Kerajaan diminta memberi perhatian terhadap masalah dihadapi pengusaha bas di seluruh negara yang mengalami kesukaran untuk beroperasi ketika sesi persekolahan dibuka semula.
Pemandu bas sekolah perlu turun dari kenderaan dan pantau pelajar
Pemandu-pemandu bas atau van sekolah digalakkan untuk turun dari kenderaan dan memantau pelajar turun dengan selamat.
Pembukaan sekolah: Ibu bapa tekan kepentingan patuhi SOP
Pembukaan sekolah secara berperingkat bermula hari ini di beberapa negeri di Malaysia dianggap sangat penting untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Tarikh pembayaran PEMERKASA Tambahan dipinda, akan bermula 27 Julai - APAD
Penerima akan menerima pembayaran bermula 27 Julai ini, dipinda daripada perancangan terdahulu untuk pemberian dibuat sebelum 15 Julai.
Pembukaan sekolah beri sinar baharu pada pengusaha bas dan van
"Kita berharap ibu bapa yakin untuk menggunakan perkhidmatan van dan bas sekolah kerana anak-anak duduk dengan penjarakan fizikal."