awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
Trump umum Pusat Kennedy hentikan operasi hiburan selama dua tahun
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembukaan sempadan pergiat pemulihan sosioekonomi - Sultan Johor

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
01/04/2022
11:35 MYT
Pembukaan sempadan pergiat pemulihan sosioekonomi - Sultan Johor
Sultan Ibrahim bertitah, pembukaan semula sempadan akan merancakkan lagi usaha pemulihan negara, khususnya negeri Johor daripada pandemik COVID-19. - Gambar/ Facebook @Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kesyukuran atas pembukaan semula sempadan Malaysia, terutama Johor-Singapura bermula hari ini.
Dalam hantaran terbaharu di Facebook, baginda bertitah, pembukaan semula sempadan akan merancakkan lagi usaha pemulihan negara, khususnya negeri Johor daripada pandemik COVID-19.
“Hubungan simbiotik dengan negara jiran kita yang terdekat akan pulih lebih baik selepas pembukaan sempadan.
“Ia juga memberi kesan baik kepada sosioekonomi dengan keluarga dapat bersatu semula, setelah lama terpisah dan semakin banyak perniagaan boleh diteruskan apabila orang ramai mula meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Singapura atas usaha keras serta kesepakatan berterusan yang membawa kepada pembukaan sempadan hari ini,” titah baginda.
Buka Sempadan | Pergerakan trafik di Tambak Johor
Sultan Ibrahim turut mengingatkan rakyat agar terus mematuhi SOP asas, walaupun negara sedang dalam peralihan untuk memasuki fasa endemik.
“Masih banyak yang belum diketahui tentang penyakit COVID-19 dan varian-variannya serta kesan jangka masa panjang.
“Kita mesti tetap berjaga-jaga dan terus mengamalkan tabiat-tabiat norma baharu yang telah kita sesuaikan diri sejak dua tahun lalu bagi mengurangkan risiko kepada kesihatan kita,” titah baginda.
Topic Berkaitan
#buka sempadan
#Johor
#Sultan Ibrahim Iskandar
#pemulihan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan