awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuhan Ismail Haniyeh: Kerajaan tuntut penjelasan Meta turunkan hantaran PM

Bernama
Bernama
01/08/2024
07:10 MYT
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Kerajaan tuntut penjelasan Meta turunkan hantaran PM
Malaysia kesal dengan tindakan penurunan tersebut dan sedang menantikan penjelasan sama ada ia dibuat pihak Meta secara automatik atau berdasarkan kepada aduan diterima daripada orang ramai.
PUTRAJAYA: Kerajaan meminta pihak Meta Platforms Inc (Meta) memberi penjelasan, kenapa hanya hantaran oleh Perdana Menteri Datuk Seri Awar Ibrahim berhubung pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh sahaja yang menjadi sasaran sehingga diturunkan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan kesal dengan tindakan penurunan tersebut dan sedang menantikan penjelasan sama ada ia dibuat pihak Meta secara automatik atau berdasarkan kepada aduan diterima daripada orang ramai.
"Semua platform media sosial mempunyai tatacara atau community guidelines, standard sendiri, dan mereka mungkin melakukan tindakan penurunan hantaran (dibuat) berdasarkan garis panduan masing-masing. Kita akan tunggu penjelasan pihak Meta," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata setakat ini belum ada organisasi media yang memuat naik hantaran Perdana Menteri mengenai pembunuhan Ismail Haniyeh atau perbualan dengan wakil sayap Hamas diturunkan, selain Bernama Radio.
"Sekiranya ada rakan media yang mengalami (hantaran diturunkan) sila maklumkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk kembalikan hantaran itu," katanya.
Topic Berkaitan
#kerajaan malaysia
#Meta
#Ismail Haniyeh
#turun hantaran PM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan