Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol dikatakan terpaksa lebih lantang menyuarakan ketidakpuashatian kerajaannya terhadap pengendalian Malaysia dalam penyiasatan pembunuhan Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong-Un.
Penganalisis Keselamatan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Dr Mohd Kamarulnizam Abdullah berkata ini kerana Kang boleh dikenakan hukuman berat sekiranya dilihat tidak memperjuangkan hak negaranya dengan sebaik mungkin.
"Mungkin ada kebenarannya Duta Besar sekarang terpaksa menjadi lebih lantang bagi menunjukkan beliau menjalankan tugas untuk kerajaan Korea Utara. Bagi memastikan beliau tidak dilihat sebagai boneka yang digunakan Malaysia atau tidak aktif dalam memperjuangkan hak-hak Korea Utara dalam isu ini," kata Kamarulnizam kepada Hari Ini 8 apabila mengulas hubungan diplomatik kedua-dua negara yang semakin tegang.
BACA: Kenyataan duta Korea Utara biadab - PM Najib
BACA: Tiada kecederaan dikesan pada tubuh Kim Jong Nam - KKM
BACA: Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama
Mohd Kamarulnizam menggunakan contoh bekas Duta Besar Korea Utara ke Malaysia Jang Yong Chol yang dihukum tembak sehingga mati oleh rejim itu pada 2014 selepas dipanggil balik dari Kuala Lumpur.
"Kita pun sedia maklum bahawa sebarang tentangan kepada rejim berkuasa tersebut, bukan sahaja mereka yang menentang dibunuh tapi seluruh keluarga mereka juga akan dibunuh."
Kang Chol sebelum ini mendakwa Malaysia 'berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar' dan penyiasatan ke atas kematian Jong Nam didalangi oleh pihak yang berada di sebalik tabir'.
Beliau bagi pihak negaranya turut mendesak untuk menyertai siasatan bersama berhubung kematian Jong Nam, susulan menyatakan kurang yakin dengan siasatan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jong Nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un, meninggal dunia pada 13 Feb lepas ketika dalam perjalanan ke hospital.
Jong Nam sebelum ini dilaporkan berada di KLIA2 sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup dengan kain dipercayai mengandungi cecair beracun.
Cynthia Ng
Tue Feb 21 2017
Kang Chol dalam satu sidang akhbar semalam mendakwa Malaysia 'berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar'. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Kang Chol bimbang hubungan KL - Pyongyang
Duta Besar Korea Utara, Kang Chol tiba di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4:40 petang dengan kenderaan rasmi Kedutaan Korea Utara.
Pembunuhan Jong Nam: Takut dibunuh punca Duta Korea Utara terlebih lantang?
Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol dikatakan terpaksa lebih lantang menyuarakan ketidakpuashatian kerajaannya terhadap pengendalian Malaysia dalam penyiasatan pembunuhan Kim Jong Nam.