Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Rabu menolak permohonan Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Iszuree Ibrahim untuk membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memecatnya daripada semua jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pembekuan peruntukannya.
Pesuruhjaya Kehakiman, Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya berkata mengikut Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 memperuntukkan mana-mana pihak berkuasa tempatan mempunyai hak dan budi bicara untuk melantik dan melucutkan ahli majlis.
Ketika menolak semakan kehakiman yang difailkan Iszuree, Collin berkata perlucutan yang dibuat terhadap Iszuree adalah sah kerana menurut akta tersebut (Akta Kerajaan Tempatan), seseorang ahli majlis tidak mempunyai hak untuk didengar sebelum jawatannya dilucutkan.
Mahkamah turut memerintahkan Iszuree membayar kos RM5,000 kepada MPPP yang kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan juga RM2,500 masing-masing kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan kerajaan negeri Pulau Pinang.
BACA: Dewan Pemuda PAS kecam tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang
Pada 14 November tahun lepas, Iszuree memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai responden pertama, MBPP sebagai responden kedua dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai responden ketiga.
Beliau memfailkan permohonan itu untuk membatalkan surat responden kedua bertarikh 26 September 2014 dan keputusan responden pertama yang dibuat pada 25 Sept 2014 yang memutuskan Iszuree dikeluarkan daripada semua jawatankuasa tetap responden kedua dan pembekuan semua peruntukannya.
Batal surat responden
Beliau juga memohon kebenaran mahkamah untuk membatalkan surat responden kedua bertarikh 29 Sept 2014 dan keputusan responden pertama yang dibuat pada 25 Sept 2014 yang memutuskan beliau dikeluarkan daripada semua jawatankuasa tetap responden kedua, mesyuarat ad-hoc dan pembekuan peruntukan secara serta-merta.
Tuntutan lain yang dibuat ialah sekiranya mahkamah menerima kedua-dua permohonan itu, Iszuree juga memohon perintah sementara untuk menggantung keputusan responden pertama yang disampaikan kepadanya melalui surat responden kedua bertarikh 26 Sept dan 29 Sept 2014 sehingga usul substantif didengar.
Beliau juga memohon responden pertama, kedua dan ketiga membayar ganti rugi kepadanya seperti yang ditaksirkan oleh mahkamah kelak dan kos permohonan sampingan ditanggung dan dibayar oleh ketiga-tiga responden dalam apa keadaan sekalipun.
Iszuree diwakili peguam Mohd Haris Abdullah manakala peguam RSN Rayer mewakili Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan kerajaan negeri Pulau Pinang serta peguam Dominic Pillai mewakili MBPP.
Bernama
Wed Dec 30 2015
Mahkamah turut memerintahkan Iszuree membayar kos RM5,000 kepada MPPP yang kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). - Foto Bernama
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Pemecatan dalam MPPP: Mahkamah tolak permohonan Setiausaha PAS P. Pinang
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Selasa menolak permohonan Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Iszuree Ibrahim.
K'jaan P.Pinang tidak akan pecat Iszuree sehingga perbincangan dibuat
Dr Afif Bahardin berkata Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengambil ketetapan untuk mengekalkan Iszuree sebagai Anggota Majlis MPPP.
Dewan Pemuda PAS kecam tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang
Hukuman gantung tugas terhadap Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim disifatkan sebagai keputusan yang tidak mencerminkan sikap demokratik dan berat sebelah.
DAP 'tiru style' PAP - Nasrudin Hassan
Ucapan Iszuree dalam perbahasan Muktamar menunjukkan ia satu teguran dan kritikan membina supaya PAS Pusat memberi perhatian mengenai isu yang melibatkan kepentingan ummat Islam di Pulau Pinang.