KUALA LUMPUR: Pemergian bekas Editor Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Abdul Rahman Yeop Mat Norodin atau lebih dikenali sebagai "Roger" disifatkan sebagai kehilangan besar buat dunia kewartawanan negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Roslan Ariffin berkata, Allahyarham merupakan seorang editor dan ketua yang tegas.
"Saya amat terasa akan kehilangannya kerana Allahyarham juga adalah antara guru saya dalam karier saya selaku wartawan.
"Allahyarham banyak mendidik saya terutama dalam soal disiplin dan tumpuan kerja kerana Allahyarham sangat serius dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Kami di Bilik Berita dan Bernama pasti akan merasai kehilangannya," katanya sambil mengucapkan takziah kepada isteri dan ahli keluarga Abdul Rahman.
Abdul Rahman, 73, meninggal dunia di kediamannya di Dungun, Terengganu 9.15 pagi Sabtu selepas menderita penyakit strok sejak 2010.
Roslan turut memaklumkan Bernama mempunyai perancangan menghantar sekretariat Tabung Bantuan Kasih@HAWANA untuk menziarahi Allahyarham pada bulan depan namun hasrat itu tidak kesampaian.
Ketua Pengarang Bernama, Jamaluddin Muhammad berkata, beliau banyak belajar daripada Allahyarham Abdul Rahman yang pada beliau seorang yang efisien, amat berkebolehan dan memiliki integriti yang tinggi.
Sementara itu, Editor Projek Khas Bernama, M. Govind Nair berkata, arwah merupakan seorang rakan sejawat yang tegas dan percaya untuk memberikan yang terbaik dalam tugasnya serta seorang sahabat yang sukar dicari ganti atas kesanggupannya menghulurkan bantuan kepada rakan dan teman sekerja.
"Roger gemar menggunakan pen founten dan sering membawa sebotol dakwat bersama beliau. Banyak kali saya lihat jari-jemarinya terkena dakwat. Saya terasa kehilangan beliau, bukan sahaja sebagai teman sejawat tetapi lebih kepada seorang sahabat yang sentiasa di dalam ingatan," katanya.
Mengimbau kembali kenangan manis bersama Roger, Govind berkata, masih terngiang-ngiang suara lantang Roger yang berulang kali berkata "tanda, tanda" kepada beliau dan teman sepasukan untuk mengawal pemain pasukan lawan yang sedang mengawal bola semasa Abdul Rahman menjadi jurulatih bola sepak Bernama buat seketika.
Sementara itu. Timbalan Ketua Penyunting Meja Penyuntingan Bahasa Inggeris, Yeap Boo Yam berkata Allahyarham Abdul Rahman adalah seorang ketua yang baik hati dan budiman serta komited kepada tugas selain bermurah hati untuk berkongsi pengetahuan dengan anak buahnya.
"Semasa saya menyertai Bernama pada 1985, Allahyarham merupakan senior yang banyak membimbing saya. Boleh dikatakan beliau guru saya di Bernama. Bimbingan dan teguran beliau banyak membantu dalam membentuk kerjaya saya sebagai wartawan," katanya.
Bekas Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang berkata, jasa dan khidmat bakti Allahyarham akan sentiasa terpahat dalam sejarah pertubuhan berita itu.
"Begitu juga sumbangan besarnya kepada kewartawanan negara yang wajar dicontohi oleh wartawan generasi muda.
Sebagai rakan kontemporari Allahyarham di Bernama, kami sama-sama melalui liku-liku kerjaya dan cabaran profesion sepanjang hampir 40 tahun. Saya menyanjung tinggi integriti dan profesionalisme Allahyarham," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 14 2023
Pemergian bekas Editor Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Abdul Rahman Yeop Mat Norodin atau lebih dikenali sebagai "Roger" disifatkan sebagai kehilangan besar buat dunia kewartawanan negara.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Pemergian Abdul Rahman @ Roger kehilangan besar dunia kewartawanan negara
Rakan seperjuangan sifatkan Allahyarham Roger seorang sahabat yang sukar dicari ganti atas kesanggupannya menghulurkan bantuan kepada rakan dan teman sekerja.