awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemergian Adun Sungai Air Tawar satu kehilangan - MB Azmin

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2017
05:01 MYT
Pemergian Adun Sungai Air Tawar satu kehilangan - MB Azmin
Kamarol Zaki, 58, meninggal dunia di kediamannya di Sungai Air Tawar di Sabak Bernam pagi ini. - fotoBERNAMA
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merakamkan ucapan takziah ke atas pemergian Ahli Dewan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik yang meninggal dunia pagi ini.
"Walaupun beliau hanya menjadi wakil rakyat bagi tempoh sepenggal untuk Sungai Air Tawar, pemergian Allahyarham tetap dirasai dan disifatkan kehilangan kepada negeri Selangor.
"Jasa dan sumbangan beliau terhadap Selangor, khususnya bagi kawasan DUN yang diwakili Allahyarham, tetap diingati sepanjang masa," kata Azmin dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut mendoakan yang terbaik buat keluarga Allahyarham dan berharap mereka serta penduduk kawasan DUN Sungai Air Tawar diberi kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Kamarol Zaki, 58, meninggal dunia di kediamannya di Sungai Air Tawar di Sabak Bernam pagi ini.
Allahyarham merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam dan Ketua UMNO Cawangan Sungai Air Tawar.
Pada pilihan raya umum lepas, Kamarol Zaki menewaskan calon PAS, Wahid Rais dengan majoriti 1,416 undi.
Topic Berkaitan
#Kamarol Zaki Abdul Malik
#Mohamed Azmin Ali
#takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan