awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
Libya adakan pengebumian ketua tentera, pegawai maut nahas pesawat di Turkiye
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemergian Putera Philip: Muhyiddin zahir ucapan takziah

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
09/04/2021
16:50 MYT
Pemergian Putera Philip: Muhyiddin zahir ucapan takziah
Muhyiddin menambah bahawa Putera Philip pernah berkunjung ke Malaysia beberapa kali dan merupakan seorang insan yang cukup mesra. - Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah buat Ratu Elizabeth II, kerabat diraja Britain dan seluruh rakyat United Kingdom atas pemergian Putera Philip.
Jelas beliau, antara sumbangan Duke Edinburgh sewaktu jangka hayatnya adalah penubuhan Anugerah Antarabangsa Duke of Edinburgh, yang memberi banyak kesan positif kepada jutaan anak muda di seluruh dunia.
"Duke of Edinburgh International Award, atau Anugerah Perdana Remaja Rakan Muda, diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2000 dan telah mengiktiraf ribuan belia Malaysia untuk pencapaian mereka dalam aktiviti kemasyarakatan, sukan dan pengembaraan," katanya dalam satu perkongsian di Facebook pada Jumaat malam.
Muhyiddin menambah bahawa Putera Philip pernah berkunjung ke Malaysia beberapa kali dan merupakan seorang insan yang cukup mesra.
United Kingdom, negara Komanwel dan dunia telah kehilangan insan yang disanjung tinggi.
"Duke of Edinburgh akan sentiasa diingati, pemergiannya menandakan berakhirnya kehidupan yang dihabiskan dalam perkhidmatan yang cukup besar," tambah Muhyiddin.
Terdahulu, Istana Buckingham mengesahkan bahawa Putera Philip telah meninggal pada usia 99 tahun di Istana Windsor.
BACA: Suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip meninggal dunia
BACA: United Kingdom umum tempoh berkabung lapan hari
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Facebook
#Britain
#United Kingdom
#Perdana Menteri
#meninggal dunia
#rakyat
#Putera Philip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan