KUALA LUMPUR: Zaman persekolahan antara memori yang terbaik untuk majoriti kita semua. Dan memori itu tidak ketinggalan mewarnai kehidupan awal Datuk Seri Nazir Tun Razak, malah kekal terpahat dalam minda beliau sehingga ke hari ini.
Melalui perkongsian terbaharu di akaun Instagram miliknya, anak kepada bekas Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak itu, berkongsikan sekeping gambar lama, tentang bagaimana beliau diarak oleh rakan-rakannya di Sekolah Kebangsaan (SK) St John pada tahun 1976.
Nazir berkata, gambar bertarikh 20 Januari 1976 itu merupakan hari pertama beliau kembali ke sekolah, selepas kematian ayahandanya enam hari sebelum itu, ekoran leukemia.
“Terima kasih New Straits Times kerana berkongsikan set negatif foto bertarikh 20 Januari, 1976. Rupa-rupanya ia merupakan foto yang diambil ketika hari pertama saya kembali ke SK St John, selepas ayah saya meninggal dunia.
“Rakan-rakan saya tidak mengetahui bagaimana cara untuk menenangkan saya, tetapi akhirnya memutuskan untuk mengangkat saya mengeliling dewan sekolah. Nampak macam berjaya,” katanya lagi.
Gambar yang Nazir kongsikan menunjukkan bagaimana beliau berasa girang dan teruja kerana diarak oleh rakan-rakannya yang berbilang bangsa dan agama, selepas mereka mengetahui berita pemergian Tun Abdul Razak.
Nazir berkata, beliau ingin sekali mengetahui di mana mereka berada, dan apa yang sedang mereka lakukan ketika ini.
Firdaus Azil
Sat Oct 02 2021
Nazir berkongsikan sekeping gambar lama, tentang bagaimana beliau diarak oleh rakan-rakannya di Sekolah Kebangsaan (SK) St John pada 1976. - Foto Instagram/@nazir.razak
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Pemergian Tun Abdul Razak: Enggan biarkan Nazir terus kesedihan, rakan-rakan buat sesuatu di luar dugaan
Nazir berkata, beliau ingin sekali mengetahui di mana mereka berada, dan apa yang sedang mereka lakukan ketika ini.
Rakyat perlu terus bersuara, tuntut kebebasan ekonomi negara dari ahli politik - Nazir Tun Razak
Kejatuhan Kerajaan PH hanya selepas 22 bulan memerintah, serta kelemahan ketara Kerajaan PN, bukanlah petanda awal yang bagus, kata Nazir.
Nazir Tun Razak tetamu undangan OHI malam ini
Datuk Seri Nazir Tun Razak buat pertama kalinya muncul sebagai tetamu jemputan bagi rancangan bual bicara santai, Obviously Harith Iskander.