ALOR SETAR:Pulangnya tokoh sejarah Kedah, Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof, ke rahmatullah pada petang semalam, disifatkan satu kehilangan besar yang sukar dicari ganti.
Ia bukan sahaja kehilangan besar buat Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah (PSMCK), tetapi juga kepada seluruh negeri Kedah kerana Allahyarham diibaratkan seperti khazanah ensiklopedia sejarah berikutan sangat mencintai dunia sejarah.
Bekas Exco Sejarah dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, ketika hayatnya, Wan Shamsuddin membuktikan kesungguhan dan minat yang sangat mendalam dalam bidang kaji selidik serta penghasilan artikel, jurnal serta buku-buku berkaitan sejarah Kedah yang bernilai tinggi.
Malah, selepas meninggalkan jawatan pengerusi PSMCK, beliau terus dilantik sebagai penasihat persatuan kerana beliau seorang yang berpengetahuan mengenai sejarah negara, khususnya negeri Kedah.
"Banyak kenangan semasa saya menjadi Exco kerajaan negeri Kedah memegang portfolio sejarah dan kebudayaan," katanya.
"Kita ada banyak program bersama dengan arwah, iaitu berkenaan dengan kajian kubur-kubur lama, makam-makam, seperti penemuan Makam Sultan Mahyudin dan juga Sultan Rijaluddin.
"Tentang Kota Lama Kuala Kedah dan juga tentang hubungan Kedah dengan Siam. Dan berbagai isu lagi. Jadi, saya cukup rasa terharu, rasa sebak, rasa kehilangan, kerana inilah insan yang memberi semangat kepada saya untuk mencintai sejarah, prihatin pada sejarah," tambah Mohd Rawi.
Turut berkongsi kesedihan sama, Mohd Asmirul Anuar Aris, yang juga bekas Exco Seni Budaya dan Pelancongan Negeri Kedah.
Beliau berkata, kehilangan ini memberi impak yang besar dalam penerokaan minat terhadap aktiviti pensejarahan dan kebudayaan masyarakat negeri ini.
"Karakter atau sikap beliau memang begitu. Semangat yang begitu mendalam tetang sejarah negeri Kedah, sehingga Tuanku Sultan, kalau pun ada pandangan-pandangan lain, tetap akan minta arwah memberi pandangan pada sudut atau sisi yang lain.
"Kita kehilangan tokoh sejarah. Selepas kita bersama dengan beliau di peringkat kerajaan negeri, dan beliau juga terlibat di peringkat nasional, kita rasa begitu membanggakan negeri Kedah.
"Jadi, ini merupakan kehilangan sebutir permata di negeri Kedah," kata Mohd Asmirul, yang juga cucu saudara Wan Shamsuddin.
Wan Shamsudin, 88 tahun, meninggal dunia di Kedah Medical Centre (KMC) Alor Setar pada pukul 6.01 petang semalam.
Beliau yang merupakan Penasihat PSMCK, dianugerah Tokoh Sejarawan Negara dan menjadi Felo Persatuan Sejarah Malaysia.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Dec 20 2020
Ketika hayatnya, Wan Shamsuddin membuktikan kesungguhan dan minat yang sangat mendalam dalam bidang kaji selidik serta penghasilan penerbitan berkaitan sejarah Kedah. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Sejarawan Zainal Kling meninggal dunia
Allahyarham Zainal menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 4.30 pagi tadi di Hospital Shah Alam.
Para intelektual perlu serius sebar kefahaman isu Palestin-Israel - Mohamad Sabu
Kefahaman umat Islam terhadap dinamik geopolitik berkenaan amat penting supaya mereka tidak mudah terperangkap dengan permainan kuasa Barat.
Pemergian Wan Shamsuddin, hilangnya khazanah ensiklopedia sejarah Kedah
Kehilangan Allahyarham ini sangat besar bukan sahaja kepada persatuan tetapi seluruh Kedah kerana diibaratkan seperti khazanah ensiklopedia sejarah.
Anak Wan Shamsuddin tekad teruskan dalam pengkajian sejarah
Arwah bapa pernah berpesan supaya mempertahankan hasil kajiannya dalam sejarah negeri dan negara.
Tokoh sejarawan Kedah meninggal dunia
Tokoh sejarawan negeri Kedah dan juga bekas pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah (PSMCK) Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof meninggal dunia hari ini.
Ceritalah ASEAN: Sejarawan - Arkitek memori yang kita kongsi bersama
Sejarah tidak akan boleh objektif kerana seperti apa saja bentuk penceritaan, akan sentiasa ada seorang penulis atau pengkisah yang memilih, mengedit dan menggubah bahan sumber.
'Tanah air ini nyawanya' - Anak kongsi kenangan terakhir dengan mendiang Khoo Kay Kim
Pemergian sejarawan negara dan tokoh akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim merupakan satu kehilangan besar buat negara.
Mendiang Khoo Kay Kim dikebumi Sabtu ini
Sejarawan negara dan tokoh akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang meninggal dunia akibat masalah paru-paru dibawa ke Nirvana Memorial Park Sungai Besi, bagi upacara penghormatan.
Sejarawan Khoo Kay Kim antara 7 individu terima Anugerah Merdeka 2018
Beliau merupakan penerima bersama dalam kategori pencapaian skolastik cemerlang kerana sumbangan gemilangnya terhadap penyelidikan sarjana, dan penyusunan interpretasi semula sejarah Malaysia.
Tanpa 31 Ogos 1957, tiadalah Hari Malaysia, kata ahli sejarah
Walaupun sudah 50 tahun sejak pembentukan Malaysia, ahli sejarah berpendapat bahawa Hari Kemerdekaan yang membawa kepada pembentukannya adalah jauh lebih penting.