awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemergian Yuen Yuet Leng turut dirasai rakan seperjuangan

Norsiah Mohd Ramli
Norsiah Mohd Ramli
03/10/2015
14:13 MYT
Pemergian Yuen Yuet Leng turut dirasai rakan seperjuangan
Kehilangan mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng bukan sahaja dirasai ahli keluarganya, malah, sahabat rapatnya juga. -Foto Twitter Norsiah Ramli
Kehilangan mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng bukan sahaja dirasai ahli keluarganya, malah, sahabat rapatnya juga.
Lebih-lebih lagi yang pernah bekerjasama dengan mendiang sewaktu perkhidmatannya sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dahulu.
Pernah berkawan rapat dengan mendiang Yuen, bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Bersara Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali menyifatkan mendiang sebagai seorang rakan yang bukan sahaja baik, malah seorang anggota polis yang sangat berdisiplin.
"Apabila saya dapat tahu mendiang meninggal dunia dua hari lepas, saya sungguh sedih. Dia seorang rakan yang baik dan seorang anggota polis yang sangat profesional.
"Dia juga adalah rakyat Malaysia yang sejati dan mendiang tidak akan segan-segan untuk menegur sesuatu yang tidak betul," katanya semasa ditemui pada majlis istiadat pengebumian Tan Sri Yuen Yuet Leng di Taman Peringatan Xiao En Centre, di sini.
Selain itu, Mohamed Hashim turut berkongsi sumbangan mendiang Yuen terhadap peletakan senjata Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1989.
"Bukan sahaja pegawai bijaksana daripada special branch dan tentera, mendiang juga memainkan peranan yang penting dalam sejarah tersebut," jelasnya.
Pada sama sama, Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkongsi pengalaman bekerja dengan mendiang Yuen yang merupakan seniornya dalam PDRM dahulu.
"Bagi mendiang, tidak ada perbezaan antara Cina, Melayu atau India dan dia sendiri pernah bercakap dengan saya bahawa dalam diri dia adalah ketiga-tiga bangsa tersebut.
"Beliau tidak rasis dan sangat berdedikasi," katanya.
Topic Berkaitan
#Mohamed Hashim Mohd Ali
#PDRM
#Taman Peringatan Xiao En Centre
#Yuen Yuet Leng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan